Beberapa hari lepas, saya terjumpa satu post menarik. Ia bukan business interview. Bukan business case study. Tapi relevan.
Penulis tu cuma perhatikan satu benda: ada 7 bisnes yang sentiasa ada demand bukan sebab inovasi — tapi sebab naluri manusia.
Saya terus teringat apa yang Max Levchin (cofounder PayPal, CEO Affirm) pernah cakap — beliau guna seven deadly sins sebagai mental model untuk pilih idea bisnes billion-dollar. Sebab realitinya:
Manusia tak berubah.
Teknologi berubah. Undang-undang berubah.
Tapi nafsu, ketakutan, dan insecurity manusia? Itu kekal sampai bila-bila.
Ini senarainya:
1. Nafsu lelaki
Produk/servis: Superbike, kereta mewah, jam tangan eksklusif, alat muzik, gadgets, gym memberships. Pendek kata, apa-apa yang boleh dimiliki dan ditayang.
Macam mana nak buat marketing?
Jual rasa bila geng tengok.
Jual validation bila stranger tanya.
Jual possibility. “Kalau kau ada ni, kau adalah somebody.”
2. Keinginan wanita nak cantik
Produk/servis: Skincare, kosmetik, fesyen, fitness, aesthetic treatment. Apa saja yang boleh buat diri rasa lebih yakin bila tengok cermin.
Macam mana nak buat marketing?
Jual keyakinan.
Jual perhatian.
Jual sense of control. “Kalau aku jaga diri, aku ada kuasa kat hidup aku.”
3. Ketakutan orang untuk mati
Produk/servis: Healthcare, insurans, supplement, servis penjagaan warga emas, medical check-up, wellness package.
Macam mana nak buat marketing?
Jangan jual kesihatan.
Jual rasa selamat.
Jual harapan umur panjang.
Jual kelegaan anak bila mak ayah dijaga dengan baik.
4. Impian ibu bapa terhadap masa depan anak
Produk/servis: Pendidikan, kelas tuisyen, akademi sukan, kelas muzik, kem bina sahsiah, program coding, dan seumpamanya.
Macam mana nak buat marketing?
Jangan jual kelas.
Jual harapan.
Jual rasa lega, “aku dah buat yang terbaik untuk anak aku.”
Jual impian anak jadi “lebih berjaya dari kita dulu.”
5. Ketakutan orang kaya jadi miskin
Produk/servis: Wealth management, insurans, firma pelaburan, tax advisory, family office, estate planning.
Macam mana nak buat marketing?
Jangan jual pulangan.
Jual rasa selamat.
Jual legasi.
Jual perlindungan dari ‘apa-apa boleh jadi’ dunia.
Orang kaya tak semestinya tamak. Tapi rasa takut hilang apa yang mereka dah ada, semua orang kaya ada perasaan itu. Sampai sanggup korbankan 49% kekayaan, asalkan yang 51% tu selamat.
6. Keinginan orang susah nak jadi kaya
Produk/servis: Loteri, skim cepat kaya, kelas coaching “jadi jutawan”, crypto, side hustle bootcamp, MLM.
Macam mana nak buat marketing?
Jangan jual strategi.
Jual shortcut.
Jual harapan keluar dari hidup yang sempit.
Jual mimpi bebas dari gaji yang tak cukup.
Orang tak cari ilmu sebenar. Mereka cari jalan pintas yang buat mereka rasa ada harapan, walaupun peluang tu tipu.
7. Bonus: Keinginan nak guna
Dalam post sama, ada satu komen power. Dia tambah satu lagi jenis bisnes yang sentiasa jalan: bisnes consumption.
Kalau orang tak mampu beli, tapi nak guna, bagi mereka peluang untuk sewa, atau langgan.
Contoh:
Tak mampu beli baju kahwin? Sewa.
Tak mampu beli robot warehouse? Langgan HaaS (Hardware as a Service).
Tak mampu beli software premium? Langgan SaaS (Software as a Service).
Nampak boring. Tapi scalable. Cashflow cantik. Margin tinggi.
Selalunya bisnes yang paling sunyi, paling steady buat duit.