Apa Yang CIO Maybank & CIMB Beli Pada 2025 (Dan Apa Yang Mereka Elak)
Kami kupas pandangan terkini daripada CIO Maybank dan CIMB; apa yang mereka rasa ‘bullish’, apa yang mereka rasa 'bearish', dan sebab di sebaliknya.
Dua Chief Investment Officer (CIO) terkemuka — Patrick Cheang (CIMB) dan Anand Padmakadan (Maybank) — bercakap di BFM’s Breakfast Grill untuk berkongsi strategi pelaburan mereka bagi tahun 2025.
Ini adalah ringkasan nota temuramah mereka.
1. Ketidaktentuan Global
Geopolitik adalah wild card. Tak ada orang tahu apa akan berlaku. Dengan Trump kembali berkuasa, pelabur menjangkakan akan ada lebih banyak tarif. Kalau semikonduktor kena tempias, Malaysia (sebagai pengeksport utama) mungkin terjejas.
Pasaran naik, tapi kenaikannya pelik.
Pelabur masih membeli, bukan sebab yakin, tapi sebab tak ada tempat lain nak letak duit. Pasaran tunai dan bon tak beri pulangan menarik, jadi saham masih tarik aliran modal.
Pertumbuhan global nampak perlahan.
AS: Kadar faedah kekal tinggi, tiada hala tuju jelas untuk pemotongan kadar oleh Fed.
Eropah & UK: Sudah masuk fasa kemelesetan.
China: Sedang pulih, tapi tidak sekata dan masih berhati-hati.
Malaysia: Pertumbuhan perlahan, terdedah kepada risiko perdagangan global.
Playbook pelaburan tiga lapis dari top CIO:
Tier 1 (Core holdings): AS, Jepun. Besar, stabil, dan mudah cair.
Tier 2 (Tactical bets): Vietnam, Singapura. Ada potensi kenaikan jangka pendek.
Tier 3 (High-risk, high-reward): Frontier markets (seperti Nigeria, Bangladesh), atau pasaran niche (AI, bioteknologi, saham angkasa lepas)
Tema utama yang membentuk strategi pelaburan CIO:
Penggunaan AI secara meluas
Peralihan rantaian bekalan & deglobalisasi
Kitaran kadar faedah jangka panjang. Tapi hati-hati: harga saham banyak yang dah overvalued. Jadi pilih dengan teliti.
2. Peluang di ASEAN & sektor tech US
Sektor teknologi AS masih leading (tapi hati-hati)
Indeks S&P500 masih digerakkan oleh syarikat Big Tech (Apple, Nvidia, dan lain-lain). Tapi… penilaian (valuation) makin tinggi (PE 22x), dan prestasi pendapatan di luar sektor tech agak suam-suam kuku.
Jangan kejar rally
CIO Patrick bagi nasihat, “beli masa harga jatuh, bukan masa tengah rally.”
Anda masih perlukan pendedahan pasaran AS, tapi kena masuk dengan strategi yang bijak.
Singapura: bosan tapi boleh diharap
Tempat selamat (safe haven) dengan mata wang kukuh
REIT dan bank beri hasil dividen 6–7%
Bonus: beberapa saham SG adalah proksi pelaburan China tanpa gangguan politik. Jadi anda boleh tumpang gelombang ekonomi China secara tidak langsung dengan melabur dalam syarikat Singapura yang mempunyai pendedahan besar di China seperti pemaju hartanah, syarikat perkapalan, dan firma logistik.
Disiplin fiskal yang kukuh. Ada budget surplus, rizab yang besar, dan mampu sokong ekonomi bila ada krisis.
Vietnam: underrated tapi dah ramai beri perhatian
Reformasi besar sedang berlangsung (cari Resolusi 68)
Pertumbuhan sektor swasta makin rancak
Berpotensi naik taraf ke status (Emerging Market)
Pelaburan besar dalam infrastruktur, tenaga kerja muda, produktiviti meningkat = asas kukuh untuk pertumbuhan jangka panjang
3. Peluang di pasaran Asia
Bank & REIT Singapura: duit mudah
Strategi Patrick Cheang (CIMB):
Kadar deposit tetap (FD) di Singapura ≈ 2%
Hasil dividen bank (DBS, OCBC, UOB) & REIT (CapitaLand, Mapletree) ≈ 6.5%, 3x lagi banyak daripada FD.
Ditambah pula dengan kekuatan SGD → ini jadi peluang arbitrage yang rendah risiko.
Contoh:
Katakan anda beli saham Singapura guna mata wang SGD. Walaupun harga saham tak bergerak banyak, dan walaupun dividen tak naik, anda tetap untung kalau SGD mengukuh berbanding MYR.
Masa beli, SGD = RM3.45
Setahun kemudian, SGD = RM3.60
Bermakna anda bukan saja dapat dividen, anda juga untung daripada pergerakan mata wang. Jadi anda sebenarnya sedang nikmati dua aliran pendapatan: aliran tunai (dividen) dan keuntungan FX (SGD naik berbanding MYR)
Rally di China
Indeks Hang Seng naik sekitar 20% tahun ini.
25% daripada volume dagangan HKEX kini datang dari aliran “southbound” (duit dari tanah besar ke saham HK).
Hasil bon China sangat rendah (~1.65%) memaksa institusi tempatan cari pulangan di tempat lain.
Winning sectors di China sekarang
Saham bank, insurans, telko dan AI
AS ke Asia: strategi 2025?
Pasaran AS terlalu overvalued.
Asia tawarkan penilaian lebih murah + pertumbuhan struktur jangka panjang.
Asia Timur mendahului, ASEAN dipandang sepi
Pelabur di China, Hong Kong, Korea, Taiwan, dan Jepun menggandakan pegangan saham dalam pasaran Asia Timur.
“Tak ada keperluan mendesak nak tengok ASEAN,” kata Anand. Kelebihan teknologi dan pulangan pelaburan masih terlalu kuat di Asia Timur berbanding ASEAN.
4. Strategi Portfolio & Tinjauan di Malaysia
Diversifikasi adalah prinsip utama
Patrick: Bina portfolio yang pelbagai secara global. Gabungkan ekuiti, bon, aset alternatif (seperti emas), dan strategi hasil (contohnya covered calls).
Jangan bergantung pada satu rantau sahaja — kejutan boleh datang dari mana-mana (contoh: pasaran Eropah yang tiba-tiba mengatasi jangkaan).
Tinjauan Malaysia: optimistik (tapi hati-hati)
Unjuran KDNK disemak turun: 5.1% → 4.1%, tapi ekonomi masih kukuh
Tema utama:
Domestic consumption naik (kesan kenaikan gaji).
Pelaburan naik (FDI, Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura).
Pelancongan naik.
Risiko: Kebimbangan tarif, terutama ke atas sektor semikonduktor.
Anand (Maybank): “Kami letak Malaysia sebagai overweight” dalam konteks ASEAN
Patrick (CIMB): “Kami neutral dengan Malaysia” disebabkan pertumbuhan pendapatan yang rendah (1.7%).
Saham pilihan utama di Malaysia
Saham besar (Big caps): Tenaga, Gamuda, Public Bank
Saham pertengahan (Mid-caps): Solarvest, Frontken, ITMAX, ATAC
Saham pilihan utama di Singapura
Singtel, Sembcorp, REITs (dijangka pulih pada separuh kedua tahun).
DBS (jika perlu pilih satu bank).