Bagaimana Madam Kwan's Kekal Grow Revenue >20% Walau Kos F&B Tinggi
Kos bahan mentah makin naik, tapi Madam Kwan’s tetap grow revenue >20%. Apa rahsia mereka kekal relevan & untung dalam industri F&B Malaysia?
Dalam dunia F&B, naik turun harga bahan mentah memang jadi mimpi ngeri semua orang. Ayam pernah cecah RM10.50 sekilo, santan segar pun melambung. Ditambah pula dengan SST atas sewa dan caruman pekerja asing — semuanya menekan margin restoran. Ramai pemain industri terpaksa naikkan harga, kecilkan portion, atau dalam kes ekstrem, gulung tikar.
Tapi Madam Kwan’s, restoran ikonik yang sinonim dengan nasi lemak, nasi bujari dan curry laksa, nampaknya berjaya renang lawan arus. Di bawah kepimpinan CEO Datin Maureen Ooi, syarikat ini bukan sahaja bertahan — malah catat pertumbuhan revenue lebih 20% dua tahun berturut-turut, dengan angka melepasi RM100 juta.
Apa strategi Madam Kwan’s? Dalam kupasan ini, Datin Maureen Ooi, CEO Madam Kwan’s Restaurants mendedahkan rahsia mereka.
Latar belakang
Diasaskan 1977 oleh ibu mertua Datin Maureen. Kini ada 19 cawangan di seluruh negara.
Taburan: Lembah Klang (13), Genting (2), Penang (2), Johor Bahru (2), Sabah (2, dimiliki oleh franchisee).
Masih berminat untuk menambah cawangan domestik.
Strategi lokasi
Blueprint: buka restoran dalam mall. Asal standalone (1999), pindah ke Suria KLCC (2000) → model ini menjadi dan direplikasi.
Kriteria buka outlet: trafik kena tinggi, demografi mesti kena dengan sasaran pelanggan (berbeza-beza mengikut cawangan), kadar sewa, ROI projection, dan ada tarikan pelancong (KLCC, Pavilion, Genting; Johor banyak pelanggan Singapura).
Tidak semua mall sesuai. Maureen: “We actually turn down more than we accept.”
Pendekatan expansion yang lebih berhati-hati demi kekalkan brand value. Maureen: “Madam Kwan is a long-distance runner, we are not a sprinter.”
Buka di luar negara
Pernah buka di Singapura 4 tahun; tutup pra-pandemik kerana isu manpower. Kini ramai pelanggan Singapura makan di outlet Johor.
Maureen sangat berminat bawa makanan Malaysia ke dunia: “Putting Malaysian food on the world map is truly something close to my heart.”
Sedang berbincang untuk ekspansi Timur Tengah & Eropah melalui franchise partners.
ROI
Benchmark F&B: ROI 24–36 bulan; tetapi Madam Kwan’s fleksibel. Sanggup amortize 48–60 bulan supaya outlet untung dari hari pertama.
Contoh: kalau modal buka satu outlet RM2 juta, kedai tu kena buat untung cukup untuk bayar balik RM2 juta tu dalam tempoh 24–36 bulan. Itu benchmark standard.
Tapi untuk Madam Kwan’s, Maureen kata dia lebih fleksibel. Dia sanggup kira balik modal dalam 48–60 bulan (4–5 tahun). Maksudnya:
Dia tak terlalu tertekan nak kejar pulangan cepat.
Dengan cara tu, outlet baru boleh beroperasi untung dari hari pertama, sebab kos modal tu “diringankan” dengan kiraan lebih panjang.
Ibaratnya kalau orang lain kira hutang kereta nak habis dalam 3 tahun, bayaran bulanan jadi tinggi → rasa tertekan. Madam Kwan’s pilih stretch loan ke 5 tahun, so bayaran bulanan rendah → lebih lega, dan setiap bulan masih ada cash flow positif.
Cara jaga kualiti makanan
Production makanan di semua outlet (kecuali francais ITCC Penampang) dikawal Central Production di Shamelin.
Pelaburan pada cooking methods/tech/process, chill blast, vacuum pack, cold chain; sistem food bank untuk dibekalkan ke seluruh negara.
Hidangan berkemahiran (cth: char kway teow) dimasak di outlet; pemilihan & standard chef tinggi + Q&C ketat.
Matlamat: kualiti makanan kekal sama antara Mid Valley, KLCC hingga Johor/Genting.
Customer behaviour (2024–2025)
Average check in-store stabil.
Maksud: Pelanggan yang makan kat Madam Kwan’s masih belanja jumlah lebih kurang sama setiap kali duduk makan. Contoh: kalau dulu sekali makan RM40 seorang, sekarang pun sekitar tu juga.
Delivery/aggregator basket (cth: Grab) mengecil.
Maksud: Bila orang order melalui GrabFood/Foodpanda, jumlah per order semakin kecil. Mungkin dulu order sekali terus banyak lauk, sekarang order ringkas (sekadar satu dua menu).
Kekerapan kunjungan turun sedikit (banyak promosi di luar), tiada drop-off bisnes; covers (bilangan pelanggan) turun sikit vs tahun lepas.
Maksud: Orang datang makan kurang kerap berbanding dulu. Sebab? Mungkin sebab banyak promosi restoran lain, plus situasi kos sara hidup tinggi. Walaupun kekerapan turun, bisnes masih steady. Cuma bilangan pelanggan (covers = meja dilayan/pelanggan) turun sedikit kalau dibanding tahun lepas.
Cara pastikan relevan
Tonggak: brand promises iaitu kualiti bahan mentah dan portion tak boleh dikompromi.
Exercise tahunan: buang ~5% “non-performing items”, masuk 5% item baru ikut feedback floor & kapasiti dapur.
Realiti demand: 3 menu top seller (nasi bojari, nasi lemak, char kway teow) konsisten sumbang ~30–32% jualan.
Trend makanan sihat ada peningkatan permintaan. Respon Madam Kwan’s: tambah pilihan vegetarian berasaskan bahan segar (bukan mock meat/gluten).
Pemasaran: aktif di Xiaohongshu, Instagram, TikTok. Tapi Maureen mengaku Madam Kwan’s masih ketinggalan dari segi impak di media sosial: “We are really trying to catch up”.
Kos Madam Kwan’s
Kos bahan mentah naik: ayam (RM10.50/kg), santan segar, telur & minyak (terutama semasa pandemik).
Top 30 item = 80% food cost (ayam, kelapa, dll).
Prinsip pindah kos kepada pelanggan secara bertanggungjawab. Maureen: “Transfer of costs can only be done responsibly”.
Tahan harga selama boleh; pernah naik masa pandemik bila semua bahan naik “gila-gila”; selepas itu komited untuk hold price.
Tiada shrinkflation. Portion mesti kekal seperti dari hari pertama berniaga.
Headwinds tambahan: SST atas sewa, caruman 2% KWSP pekerja asing → kos bertambah.
Tenaga kerja
Hiring susah, terutama chef berkemahiran. Maureen: “Chefs with skill are hard to find”.
Aktif sertai job fair seluruh Malaysia untuk tarik pekerja Malaysia; ramai Sabahan dilatih sebagai chef.
Bayar atas gaji minima RM1,800 untuk tarik & kekalkan staf; turnover tetap tinggi terutamanya staf warganegara.
Prestasi Kewangan
Data SSM: Topline 2022→2023 +30%, 2023→2024 +25%; revenue > RM100 juta.
Pemacu: pembukaan outlet baharu + same-store sales growth (SSSG) ~5–10%; outlet sedia ada “consistently delivering”.
HALAL: Central kitchen sudah disahkan HALAL (belum diumumkan); proses pensijilan outlet sedang berjalan untuk penetrasi lebih dalam pasaran.
Sub-brand: Madam Kwan Select (template lebih kecil) kini di Genting Premium Outlets; strategi capai lokasi-format baharu.
2025: sedikit di belakang bajet, tapi 2 bulan terakhir “catch up”; prospek terus tumbuh.
Pandangan 2025→2026: double digit, low double digit.
Strategi runcit
Prepackaged food/sauces dijual di Shopee & sebahagian supermarket (coverage belum penuh).
Sumbangan jualan mid single digit; sasaran 10%; peranan sebagai brand extension & visibility selain revenue.
Margin & disiplin kos
PAT margin ~11% (2024), naik sedikit vs tahun sebelumnya; sekitar paras industri, mungkin sedikit di atas beberapa jenama restoran lain.
Fokus harian pada cost control; banyak “surprises” di cost center 1–2 tahun kebelakangan.
Kualiti = non-compromising item. Maureen: “We will not compromise our quality”.
Taktik margin: cari sewa lebih rendah, panjangkan hayat aset, asset optimization, panjangkan waktu operasi, tembusi kawasan pejabat berkepadatan tinggi, mula beroperasi pada waktu sarapan.
Sumber: BFM | Madam Kwan’s, Going Global With Malaysian Cuisine




