Bajet 2026: Positif Untuk SME Tapi...
Presiden Persatuan SME, Chin Chee Seong, memuji haluan Bajet 2026 yang positif untuk SME. Tetapi pelaksanaan, e-invoicing, dan jurang luar bandar masih menjadi batu penghalang.
Budget 2026 dianggap antara bajet paling pro-SME dalam era pentadbiran MADANI.
Dengan pelbagai inisiatif — daripada pembiayaan jaminan, automasi, digitalisasi hinggalah latihan AI — kerajaan jelas mahu membantu SME naik taraf daya saing.
Tapi dari kaca mata Chin Chee Seong, Presiden Persatuan SME, hala tuju Bajet 2026 itu hanya separuh cerita.
Apa yang lebih penting, katanya, ialah macam mana pelaksanaannya di lapangan.
Bantuan SJPP & mikro-pinjaman dah positif tapi…
Antara pengumuman besar ialah kapasiti jaminan SJPP (Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan) dinaikkan kepada RM30 bilion, serta tambahan RM2.5 bilion pinjaman mikro melalui BSN dan TEKUN.
Menurut Chin, langkah ini memang boleh membantu SME sebab SJPP tak perlukan cagaran:
“The SJPP doesn’t require businesses to provide any collateral. Of course, if they have collateral, it’s better — but this is one of the biggest barriers for SMEs to get loans.”
Langkah ini membuatkan bank lebih yakin untuk beri pinjaman, terutama kepada syarikat yang dah perform dan nak kembang operasi melalui automasi atau digitalisasi.
Tapi Chin juga tekankan, SME yang masih bergelut — contohnya yang terkesan dengan jualan merosot atau kos operasi tinggi — mungkin tak rasa impaknya.
Beliau harap syarat kelulusan lebih fleksibel, supaya dana pinjaman ni boleh bantu yang betul-betul perlukan bantuan, bukan sekadar mereka yang sudah stabil.
Fokus kepada digitalisasi & automasi dah positif tapi…
Chin setuju fokus bajet kali ni memang jelas: nak halakan SME ke arah digitalisasi, automasi, kelestarian (sustainability) dan AI adoption. Tapi, katanya, masalah bukan kepada niat. Tapi kepada execution yang selalu tersangkut.
Bagi SME kecil dan family-run, halangan paling besar tetap modal dan tenaga kerja mahir. Walaupun ada potongan cukai 50% untuk latihan AI dan keselamatan siber, ramai masih tak mampu hantar staf untuk upskilling sebab tenaga kerja terlalu kecil dan operasi terlalu lean.
Jadi walaupun hala tuju dasar ni patut dipuji, kejayaannya bergantung pada cara pelaksanaannya. Adakah proses permohonan cepat, mudah dan telus?
Chin tekankan, banyak dana dan geran wujud atas kertas, tapi SME selalu tak tahu cara sebenar nak capai bantuan tu.
“You have this grant, this loan, this tax incentive — but how could SMEs actually get it? This is more important.”
E-invoicing dah nak mula tapi…
Satu isu yang Chin angkat secara serius ialah pelaksanaan e-invoicing yang bakal bermula tahun depan. Ramai SME, katanya, masih tak tahu apa nak buat bila sistem ni dilaksanakan.
Mereka bergantung sepenuhnya pada vendor dan penyedia ICT untuk integrasi, tapi ramai masih blur: nak terus guna ke tidak? Susah ke senang nak patuh? Kos macam mana?
Jadi SME Association cadangkan kerajaan tambah peruntukan khas di bawah MDAC Digital Transformation Grant, khusus untuk bantu SME bersedia dengan e-invoicing. Masa pun dah makin suntuk, katanya. Kalau tak disokong segera, ramai SME akan ketinggalan.
Geran banyak dah bagus tapi…
Chin juga sarankan supaya kerajaan buat pusat sehenti (one-stop center) untuk urusan geran dan bantuan — dari permohonan sampai ke tuntutan.
Sekarang ini, katanya, SME terpaksa “merangkak” dari satu agensi ke satu agensi lain, dengan prosedur yang berbeza-beza.
“The policy must be clear — faster assessment, easier application, and if possible, one-stop center for them to find these services.”
Pusat sehenti ini boleh menjadikan proses permohonan lebih cepat, mesra pengguna, dan mengurangkan “ding-dong” birokrasi.
SME luar bandar semakin banyak tapi…
Bila ditanya tentang SME di luar Lembah Klang, Chin berkata jurang masih besar, terutama di Sabah dan Sarawak. Isu utama: infrastruktur dan internet.
“Many locations in rural areas do not even have good internet network.”
Selain masalah capaian, ramai juga tak tahu pun wujudnya geran atau bantuan sebab kurang pendedahan.
Beliau cadangkan kerajaan guna promosi digital, video pendek, dan social media campaign untuk sebarkan maklumat tentang insentif sedia ada — sebab awareness adalah kunci.
TLDR
RM30 bilion jaminan SJPP & RM2.5 bilion pinjaman mikro bantu SME dapat akses modal.
Pelaksanaan e-invoicing masih kabur; perlukan sokongan khas MDAC Digital Transformation Grant.
Kekurangan bakat & latihan jadi isu utama digitalisasi.
Cadangan buat one-stop center untuk permohonan geran & bantuan.
SME luar bandar masih ketinggalan akibat infrastruktur dan kurang pendedahan.