Berapa sales Tony LC Sign bawa dari video viralnya?
Bagaimana jurujual papan tanda dari Guangzhou ini menembusi pasaran dan mencipta demand di AS dengan kandungan video ofensif.
Adakah jumlah views video berjuta-juta akan menaikkan jumlah sales? Atau ia sekadar vanity metric?
Dalam landskap bisnes PKS hari ini, kita sedang menyaksikan peralihan drastik daripada kaedah pengiklanan tradisional kepada kaedah pemasaran viral; yang berasaskan personaliti (personality-led marketing).
Sekarang tak cukup bila kita sekadar tunjuk produk; orang nak kita jadi watak yang relatable. Walaupun watak itu kadang-kala akan mengundang kontroversi. ‘Tok guru’ kepada kaedah pemasaran ini adalah Tony LC Sign.
Di media sosial, Tony telah berjaya menukarkan kontroversi dan hyper-localized humor menjadi sebuah lead-generation machine untuk LC Sign. Dari pangkalan operasinya di Guangzhou, China, Tony bukan sekadar menjual papan tanda LED; beliau menjual edgy/high-risk content.
Dalam isu kali ini, kita akan lihat bagaimana Tony Zhu bertukar menjadi ikon global dan impaknya kepada LC Sign.
“Saya nak duit lebih banyak”
Tony Zhu memiliki kelebihan strategik dalam bisnesnya: dia ada kemahiran teknikal (ada skil fotografi dan reka bentuk grafik) dan kemahiran menjual.
Ketika ditanya kenapa beliau beralih ke bidang jualan, Tony menjawab ringkas: “Saya nak lebih banyak duit.”
Titik perubahan kerjaya Tony berlaku apabila beliau diberi peluang oleh bosnya untuk melakukan penstriman langsung di Alibaba.
Tetapi apa yang bos lain tak buat adalah—bos Tony memberinya kebebasan kreativiti untuk buat content yang ‘belum teruji’.
Realiti views berjuta
Viral bukan bermakna jualan automatik. Tony mendedahkan realiti pahit algoritma: pada fasa awal, satu video yang mencecah 1 juta tontonan mampu menghasilkan sehingga 2,000 leads.
Kini, jumlah itu jatuh merudum kepada sekitar 20-30 leads bagi setiap juta tontonan.
Walaupun berlakunya diminishing returns, Tony tetap tenang. Baginya, kualiti produk dan konsistensi buat marketing adalah ramuan utama bisnes.
Untuk memaksimumkan peluang viral, LC Sign menggunakan banyak telefon serentak untuk mengendalikan beberapa akaun serentak—untuk meningkatkan “peluang menang” dalam loteri algoritma.
Fokus utama LC Sign adalah pasaran AS (US market). LC Sign menawarkan produk pada harga sekitar $500 (RM 2,225) termasuk penghantaran, jauh lebih murah berbanding harga vendor tempatan di AS yang mencecah $2,000 (RM 8,900).
Seni “menyinggung” tanpa menyakiti
LC Sign menggunakan pendekatan hyper-targeted untuk membina kepercayaan dengan audiens di AS. Mereka bukan sekadar menggunakan bahasa Inggeris, tetapi menyelami nuansa budaya Amerika yang sangat spesifik melalui kajian di ChatGPT.
Tony menggunakan ChatGPT untuk mencari rujukan budaya mendalam, seperti resipi casserole Midwest atau nuansa loghat selatan Amerika.
Strategi paling berisiko namun berkesan adalah bila beliau jadi Donald Trump—termasuk versi “Spanish Trump” yang fasih berbahasa Sepanyol hasil hafalan skrip.
Dengan videonya, Tony meletakkan brand positioning LC Sign seiring dengan audiens yang menentang woke culture.
Bagi Tony, risiko terbesar bukanlah dikecam (cancelled), tetapi menjadi membosankan (boring).
Di LC Sign, jika sesuatu video tidak diterbitkan, ia bukan kerana terlalu sensitif, tetapi kerana ia tidak cukup kelakar.
Kata Tony:
“The things that we didn’t post is not because it is too offensive. Most of the time it’s because it’s not funny enough. Could have been more offensive.”
Cara LC Sign bekerja
Walaupun syarikat China terkenal dengan budaya “996” (kerja 9 pagi - 9 malam, 6 hari seminggu), Tony (yang kini dinaikkan pangkat menjadi salah satu pengarah syarikat) memperkenalkan anomali dalam budaya pengurusan pasukannya.
Marketing team LC Sign mempunyai staf seramai 6 orang. Tony adalah final decision-maker untuk kandungan kreatif.
Tony secara peribadi menolak budaya kerja 996. Beliau menetapkan waktu bekerja 8 jam dan mewajibkan amalan tidur tengah hari (lunch naps) di pejabat.
Tony percaya kerja lebih masa (overtime) hanya membunuh minat dan kreativiti.
Kata Tony:
“In LC Sign, I decided to stop working overtime because I find that if you continuously walking time it’s you thought you did a lot of job working done but eventually like you’ll get tired of it.”
Ancaman copycats
Apabila jenama LC Sign semakin popular, ancaman mula muncul daripada pelbagai sudut—dari geopolitik hinggalah kepada pencurian harta intelek (IP).
Tony mendedahkan cabaran kritikal: pesaing bukan sekadar meniru gaya, tetapi mencuri video asal LC Sign secara bulat-bulat dan menampal nombor telefon mereka sendiri di atas video tersebut.
Mengenai ancaman keselamatan, Tony pernah menerima ancaman bunuh dari AS. Namun, selepas melakukan “background check” secara santai, beliau mendapati ancaman itu datang daripada seorang remaja berusia 12 tahun di Filipina.
Dalam isu tarif perdagangan AS-China, Tony kekal pragmatik: “Hadapi realiti.” Malah, beliau tidak pernah menolak permintaan papan tanda yang pelik atau NSFW (lucah), kerana baginya, “Never say no to money.”


