Cara Bagi Content Masuk AI Search Results
Jika anda bermula dari kosong, apa yang anda perlu buat supaya AEO anda sebagus SEO anda?
Summary: Orang dah mula guna ChatGPT untuk jawab soalan mereka, bukan Google lagi seperti dulu. Bila LLM bagi jawapan, ia hanya petik sumber yang paling jelas, paling original, dan paling berkredibiliti. Yang lain terus hilang dari radar. Artikel ini mengupas cara supaya content syarikat anda boleh muncul dalam jawapan AI, tanpa perlu overhaul seluruh strategi SEO.
Dulu Search Engine Optimization (SEO). Sekarang Answer Engine Optimization (AEO).
Dulu orang Google untuk dapat jawapan. Sekarang orang pakai ChatGPT.
Sejak mula diperkenalkan di Google setahun lepas, AEO juga dah berevolusi menjadi lebih baik. Dulu Google AI Overview main jawab soalan. Sekarang, dia hanya ambil sumber yang paling jelas, unik dan nampak berkredibiliti (Sundar Pichai kata jawapan Google AI Overview masih tak boleh percaya bulat-bulat).
*Tapi masa zaman SEO dulu pun kita tak boleh percaya bulat-bulat apa yang kita baca. Kita masih kena menilai maklumat yang kita baca.
Cuma bezanya berbanding zaman SEO dulu, AEO sekarang tak sebut langsung dari mana dia tarik jawapan. Masa zaman SEO dulu, kalau content kita berkualiti, pembaca tahu siapa tulis content berkualiti tersebut. Tapi pada zaman AEO sekarang, pembaca boleh dapat content berkualiti tanpa tahu siapa sebenarnya yang tulis content tersebut.
Sebab inilah, ramai founders ingat AEO dah ganti SEO. “SEO dah tak relevan dah,” kata mereka. Jadi mereka arahkan marketing team berhenti tulis content.
Ini silap besar, menurut pakar SEO ini.
Jadi saya menonton video penjelasannya dan menulis ringkasannya dalam kupasan hari ini.
AEO ganti SEO?
Bila orang cari jawapan sekarang, ramai tak Google. Mereka guna LLM seperti ChatGPT, Claude, atau Perplexity.
Bila orang ada soalan tentang industri bisnes anda, LLM ada dua pilihan:
tulis content supaya LLM petik (cite) content anda atau;
tak tulis content dan nama bisnes anda takde langsung dalam conversation.
Dalam erti kata lain: AEO ≠ pengganti SEO. AEO = upgrade SEO.
AEO = sambungan logik dari SEO
Berbeza dengan SEO, LLM tak cari keywords. LLM cari insight baru, perspektif unik, dan content paling clear.
Kalau content anda generic, LLM takkan petik. Sebab semua orang pun tulis benda sama.
Bila content anda ada perspektif original, LLM terpaksa petik content anda sebab jawapan dia berubah disebabkan info anda.
3 perkara penting tentang AEO
SEO yang sihat = asas AEO. Site laju, content berkualiti, mobile-friendly: semua ni memudahkan LLM baca.
Kena track 3 benda: SEO metrics, LLM outputs, dan AI referral traffic.
Penulis SEO kena tambah dua benda simple dalam content: Summary di atas, FAQ di bawah. Dua ni buat LLM lebih senang faham artikel anda.
4 faktor menguatkan AEO
1. Measurement
Banyak syarikat tak tahu pun jika content mereka masuk ke tak dalam AI search results. Kalau tak tahu, macam mana nak optimize AEO kan?
So untuk tahu di mana kedudukan jenama syarikat anda dalam AEO, anda kena track tiga benda:
SEO performance (masih relevant sebab LLM rujuk keyword volume indirectly).
LLM outputs (apa yang AI jawab bila orang tanya pasal brand/industry anda).
Masa zaman SEO dulu, orang pakai SEMrush untuk check ranking website mereka di Google.
Tapi pada zaman AEO sekarang, orang pakai Gauge/Profound/ZipTie untuk:
check anda ranking nombor berapa dalam AI search.
check macam mana LLM jawab bila orang search topik anda.
Kalau anda tak ada bajet untuk pakai tools ini, buat manual testing:
Step 1: Buat senarai soalan:
Apa itu [brand]?
[Industri] company terbaik?
Berapa harga [produk]?
Alternatif untuk [competitor]?
Step 2: Test direct question & indirect question
Direct = sebut nama brand.
Indirect = tanya masalah (contoh: macam mana nak automate invoice?)
Step 3: Track perubahan dari semasa ke semasa
LLM hari ni jawab A.
Dua bulan lagi mungkin jawab B.
Anda log perubahan tu → itu yang disebut “track sentiment over time.”
Referral traffic dari AI (kebanyakan analytics dah log benda ni).
2. Content
Kunci nak bagi LLM petik content anda = kena buat content unik. Kunci nak jadikan content anda unik = dapatkan jawapan straight dari subject matter experts. Dapatkan quote mereka. Interview mereka.
Next, anda kena pakejkan content unik anda itu dengan betul supaya LLM senang nak petik. Ada dua benda anda kena bubuh dalam setiap artikel:
Summary 2–3 ayat di atas.
Sebab LLM baca dari atas ke bawah dan ada crawl budget.FAQ di bawah.
LLM suka format Q&A sebab jelas dan direct.
Rule: Bahasa mesti jelas, direct, tak berbunga-bunga.
3. Infrastructure
LLM tak pandai baca JavaScript, tak boleh faham gambar yang anda bubuh ini gambar apa, dan perlukan HTML code yang clean.
Checklist:
website laju
HTML code bersih
ada schema markup
robots.txt yang betul (kalau robots.txt block resources tertentu (cth: /api/, /content/, /html/ folder), LLM tak boleh baca content anda)
jangan sembunyikan info penting dalam JS atau widget pelik-pelik
4. Validation
LLM lebih cenderung petik brand yang dipercayai. So pastikan content anda:
Ada coverage media atau;
Ada mention dalam review sites (contoh: G2, Clutch) atau;
Ada mention dalam Wikipedia, Reddit, atau Quora atau;
Ada backlinks berkualiti (kalau backlink anda hanya wujud di website sendiri, LLM tak yakin nak petik content anda).
Apa yang anda kena buat sekarang
Apa anda kena buat jika bermula dari zero?
Unpublish artikel lama.
Buat measurement:
Kenal pasti soalan yang prospek anda selalu tanya tentang jenama/industri anda.
Track apa LLM jawab setiap quarter
Upgrade/rewrite artikel lama supaya menjadi unik. Kalau perlu, tulis artikel baharu. Pastikan setiap artikel ada:
Insight yang orang lain tak tulis lagi (unik).
Buat summary 2-3 ayat dan letak di atas artikel.
Buat FAQ dan letak di bawah artikel.
Schema markup yang betul.
Kemaskan website supaya:
mobile loading time jadi laju.
tiada HTML code yang pelik-pelik.
ada robots.txt yang betul.
Dapatkan backlinks berkualiti supaya artikel ada validation.
FAQs
1. Apa beza AEO dengan SEO?
SEO bantu anda muncul dalam Google; AEO bantu kau muncul dalam jawapan ChatGPT, Claude, Perplexity, dan AI Overviews. Dua-dua penting, dua-dua saling melengkapi.
2. Perlu ke buat AEO kalau dah buat SEO?
Ya, tapi bukan overhaul. AEO cuma layer tambahan: summary di atas, FAQ di bawah, bagi clarity, ada kredibiliti dan original.
3. Macam mana nak tahu kalau brand saya muncul dalam AI search?
Check LLM outputs dengan tools (Gauge, ZipTie, Profound) atau buat manual testing: tanya AI soalan yang prospek tanya, dan tengok jawapannya.
4. Macam mana nak buat content supaya LLM petik content saya?
Bagi insight yang unik, data atau perspektif yang tak ada dekat tempat lain. LLM akan petik content anda dalam jawapan dia jika content anda menepati ciri ini.
5. Betul ke SEO keywords dah tak penting?
Keywords tak hilang, cuma jadi kurang dominan. LLM lebih utamakan clarity, context, dan originality berbanding keyword matching.
6. Perlu ke website saya laju untuk AEO?
Ya. LLM suka HTML yang bersih, load cepat, dan tak dependent kepada JS berat. Site health = AEO health.
7. Apa peranan robots.txt dalam AEO?
Kalau robots.txt block page penting, AI tak boleh crawl, baca, dan petik content anda. Simple.
8. Adakah backlinks masih penting dalam era AI?
Penting. AI nak petik content yang ada kredibiliti. Contohnya yang telah dipetik oleh media lain, review sites, Wikipedia, Reddit, atau Quora. Kredibiliti = trust.
9. Berapa cepat AEO bagi hasil?
Definitely bukan overnight. Update LLM ambil masa. Normal untuk lihat progress dalam 1–3 bulan.

