Glamping di Hutan Negeri Sembilan Yang Cecah Revenue 7 Angka
Menurut Bryan Gan, glamping adalah bisnes yang boleh scale kepada 7-angka jika anda faham siapa pelanggan sebenar anda.
Bryan Gan bukan orang hospitality. Background dia software engineering. Kemudian creative & production. Kemudian interior design dan build.
Pada 2018, dia beli sebidang tanah tujuh ekar di Jelebu, Negeri Sembilan. Niat asal sekadar untuk pelaburan dan retreat peribadi. Tiada rancangan besar. Tiada pitch deck. Tiada pelabur luar.
Hari ini, Hooton Retreat adalah bisnes glamping 7-angka yang diiktiraf rasmi oleh Tourism Malaysia sebagai tarikan utama negeri. Dan Bryan sedang bersiap untuk jual.
Bootstrap Bukan Satu Pilihan
Ramai orang dengar “bootstrap” dan fikir ia bermakna buat kerja dengan modal kecil dan harap yang terbaik. Tapi cara Bryan bootstrap Hooton berbeza. Ia sistematik.
Daripada bisnes teknologi, dia kumpul modal. Dari modal itu, dia masuk bisnes creative & production. Dari situ, dia masuk interior design dan build. Bila tiba masa nak bina Hooton, semua kepakaran tu dah ada in-house.
Nak pasang kabel elektrik dari jalan raya ke dalam hutan sejauh satu kilometer? Dia tarik sendiri menggunakan team dia, jimat 50% daripada kos jika upah kontraktor luar.
Nak bina signage? Team creative dia handle.
Nak reka dan bina unit penginapan? Team interior design dia yang buat.
“We based on the nature to create spaces, not based on our drawing and create spaces. This makes Hooton unique.” — Bryan Gan
Hooton bukan projek yang dibina dengan wang banyak. Ia dibina dengan ekosistem kemahiran yang Bryan dah bina selama bertahun-tahun sebelum itu.
Tiga Revenue Stream, Satu Insight Tersembunyi
Revenue Hooton datang dari tiga sumber:
Room rentals — margin tertinggi, tulang belakang bisnes
Brand partnerships dan premium space rental — termasuk corporate events
Glamping bookings dan aktiviti — jungle trekking, jungle barista, yoga, dan sebagainya
Tapi insight yang paling menarik bukan dari mana duit datang. Sebaliknya dari siapa yang datang.
Lepas COVID, corporate clients jadi segmen tersembunyi yang paling berharga. Sebelum pandemi, meeting korporat bermakna bilik tertutup, meja panjang, dan projektor. Lepas COVID, syarikat mula cari tempat outdoor untuk off-sites, team building, dan leadership retreats. Hooton selesa accommodate 100 pax, dan pernah host event sehingga 200 hingga 300 pax dengan setup tambahan.
Stable, high-value, dan recurring. Corporate segment adalah antara sebab terbesar kenapa bisnes ini boleh capai 7-angka.
Events seperti Summer Escape dan Malaysia International Glamping Festival pula bukan sekadar sumber pendapatan. Ia marketing dalam bentuk revenue. Dari “nobody knows you” kepada tiga events dalam kalendar rasmi Tourism Malaysia tahun ini. Dan tahun ini juga, Bryan sedang soft launch art residency program, konsep “forest residency” untuk artis yang nak retreat sambil berkarya dalam hutan.
Tiada WiFi Laju Adalah Feature
Ini yang paling counter-intuitive dari keseluruhan bisnes Hooton.
Bryan sengaja tidak provide high-speed internet. Bukan sebab tak mampu. Tapi sebab itu bukan produk yang dia jual.
Dia jual retreat. Dan retreat yang sebenar bermakna anda datang untuk disconnect, bukan untuk scroll. Coverage telefon masih ada, tapi WiFi laju tidak disengajakan.
Dalam era di mana setiap hotel, resort, dan glamping site berlumba-lumba tawarkan “high-speed fibre WiFi,” Hooton pergi ke arah yang bertentangan. Dan itulah yang buat mereka relevan kepada segmen pelanggan yang sanggup bayar premium untuk ketenangan yang betul-betul ‘piau’.
Bina Untuk Jual Dari Hari Pertama
Lima tahun dari sekarang, Bryan Gan merancang untuk keluar dari Hooton.
Bukan kerana bisnes tidak bagus. Tapi kerana dari awal lagi, dia dah bina Hooton sebagai aset yang boleh dipindah milik, bukan sebagai bisnes yang bergantung penuh kepada dirinya.
Target buyer dia bukan sembarangan. Dia mahu seseorang yang faham nilai apa yang telah dibina, bukan sekadar orang dengan duit untuk beli. Ini mindset yang jarang ada dalam founder hospitality tempatan, yang kebanyakannya bina untuk operate, bukan untuk transfer.
Pelajaran paling besar dari Hooton: exit strategy bukan sesuatu yang anda fikir bila anda dah penat. Ia sesuatu yang anda boleh design sejak hari pertama anda buat bisnes.
Apa Makna Untuk Anda
1. Skil yang anda ada lebih berguna daripada modal.
Bryan jimat berpuluh ribu Ringgit bukan kerana dia ada duit banyak, tapi kerana dia ada team yang boleh buat kerja sendiri. Sebelum anda bina bisnes baru, tanya: skil apa yang anda dah ada yang boleh kurangkan kos capex? Contoh:
Skil graphic design anda boleh jimatkan kos RM50 per poster marketing materials.
Skil coding anda boleh jimatkan kos RM5,000 hingga RM20,000 untuk bina website atau app asas.
Network kontraktor atau supplier lama anda boleh jimatkan margin markup yang biasanya 20% hingga 30%.
2. Corporate retreat segment adalah revenue yang ramai tak nampak.
Kalau anda dalam hospitality, F&B, atau experiential space, jangan underestimate corporate retreat market. Ia stable, high-value, dan pelanggan korporat jarang tawar-menawar harga kalau experience betul-betul bagus. Satu booking team building 50 pax boleh setara dengan 20 hingga 30 bookings biasa.
3. Differentiation kadang bermakna bagi kurang, bukan lebih.
Tiada WiFi laju adalah keputusan strategik, bukan kekurangan. Tanya diri: apa yang anda tidak perlu offer supaya positioning anda lebih jelas? Contoh: kedai kopi yang sengaja tak ada sofa dan plug point supaya orang tak duduk berlama-lama, demi tingkatkan table turnover.
Sumber: BFM | Getting High-Spending Tourists to Sleep in the Forest



