GoGet: Meng-AWS-kan Pengambilan Pekerja
Bermula dengan 'errand app' yang B2C, GoGet kini berevolusi menjadi 'talent pipeline builder' B2B — daripada SME hinggalah untuk MNC.
Diasaskan 2014 oleh Francesca Chia, GoGet bermula sebagai app untuk upah orang buat errand dan kini telah berevolusi menjadi digital recruitment & staffing platform dengan hampir 400,000 pekerja yang diverifikasi.
Selepas 11 tahun, GoGet berubah daripada ekosistem untuk pekerja gig → pekerja part-time → pekerja full-time; menjadikannya platform terbaik untuk syarikat mendapatkan tenaga pekerja dengan fleksibel.
Dalam kupasan ini, anda akan belajar cara GoGet berevolusi dari aplikasi B2C kepada platform B2B berpendapatan 8 angka setahun.
Latar belakang
Ditubuhkan secara bersama pada 2014 oleh Francesca Chia (CEO), Tan Fung Wei (CTO) dan Muaz Jema (CFO).
Bermula dengan seed backing daripada 500 Startups.
Pada tahun 2020, berjaya mendapat pelaburan Series A sebanyak US$2 juta daripada Monks Hill Ventures untuk naikkan skala teknologi dan luaskan servis.
Francesca ada background management consulting di Boston Consulting Group, tempat dia belajar asas strategi, analisis data, dan cara CEO buat keputusan.
Co-founder Fung pula seorang mechanical engineer YTL yang minat coding.
Fung belajar programming secara formal melalui program coding 10 minggu di MaGIC Cyberjaya pada 2014. Dari situlah, GoGet bermula.
Evolusi GoGet
Awalnya hanya platform untuk errands kecil & penghantaran barang.
Kini berkembang jadi gig platform nasional yang cover delivery, errands, retail, F&B staffing dan corporate manpower solutions.
GoGet kini mempunyai hampir 400,000 verified workers dan lebih 5,000 majikan dalam ekosistem mereka.
GoGet bukan lagi hanya “gig app” — tapi satu ekosistem penuh: pekerja boleh mula dengan kerja gig, kemudian naik ke part-time, dan seterusnya full-time employment.
Majikan pula boleh uji pekerja secara on-demand, engage mereka berkali-kali, dan akhirnya tawarkan kerja tetap.
Francesca menggunakan analogi AWS untuk jelaskan fleksibiliti: majikan boleh “buy what you need” dalam tenaga kerja.
Contoh: Majikan A perlukan pekerja hanya pada hujung minggu (Jumaat-Ahad). Pada hari Isnin–Khamis, pekerja sama boleh kerja dengan Majikan B pula (contoh: data entry).
Apa itu AWS?
AWS = Amazon Web Services
✔️ Cabang pengkomputeran awan (cloud computing) Amazon, dilancarkan pada tahun 2006.
✔️ Idea: Daripada beli server, storan atau pusat data sendiri, syarikat boleh “sewa” server daripada AWS.
✔️ Ini menjadikan infrastruktur teknologi on-demand, bayar ikut guna, dan boleh skala tanpa had.
Contoh:
Daripada belanja jutaan ringgit untuk beli dan pasang server sebelum tahu startup anda berjaya atau tidak, anda boleh sewa server AWS hari ini, bayar hanya ikut penggunaan, dan skala naik/turun bila perlu.
Kalau AWS merevolusikan infrastruktur IT, GoGet cuba lakukan perkara sama untuk tenaga kerja.
1. Akses on-demand
AWS: “Saya perlukan 10 server tambahan sekarang.”
GoGet: “Saya perlukan 10 pekerja untuk buat penghantaran esok.”
2. Boleh diskalakan
AWS: Dari 1 ke 1,000 server serta-merta.
GoGet: Dari 1 GoGetter ke 1,000 GoGetter ikut permintaan bisnes.
3. Bayar ikut keperluan
AWS: Bayar hanya masa server/storan yang digunakan.
GoGet: Bayar hanya jam kerja atau tugasan yang pekerja siapkan.
4. Lapisan infrastruktur
AWS: tulang belakang internet (startup & enterprise beroperasi di atasnya).
GoGet: tulang belakang tenaga kerja fleksibel di Malaysia/SEA. Bisnes tak perlu simpan ramai pekerja sambilan. Cukup gunakan GoGet bila diperlukan.Nilai Tambah untuk Pekerja
GoGet nak ubah naratif gig work daripada “kais pagi makan pagi” menjadi sumber pendapatan yang lebih stabil.
Berbeza dengan realiti kerja gig di mana pekerja perlu cari job setiap pagi, GoGet memastikan pekerja ada kerja dalam jangka masa sederhana (3 hingga 12 bulan). Jadi pekerja ada sekuriti pekerjaan + fleksibiliti tukar pekerjaan.
Dengan konsistensi, pekerja boleh mula bina skill, jadi lebih employable dan boleh ditempatkan ke jawatan tetap.
Industri F&B, terutama quick service outlets (contoh: llaollao, Famous Amos), perlukan tenaga kerja fleksibel yang boleh ikut SOP dengan cepat dan berpindah lokasi outlet. GoGet sediakan workforce seperti ini.
Keunikan GoGet: Digital Resume
Salah satu kelebihan unik GoGet ialah digital resume berasaskan data.
Berbeza dengan resume biasa yang self-declared oleh pekerja, digital resume GoGet dibina daripada data kerja di platform. Contohnya: jumlah jam bekerja, rating purata, dan senarai syarikat yang pernah di-assign.
Francesca: “You have to earn that data… 50 hours as a waiter and your average star rating was 4.8.”
Peralihan B2C → B2B
Pada awalnya, GoGet sangat berorientasikan pengguna (B2C). Pengguna hantar pelbagai job kecil: dari bawa pets ke vet, ambil laundry, pasang perabot, sampai ke tugas unik macam beli fairy lights di IKEA untuk proposal kahwin.
Namun, selepas beberapa tahun, GoGet mendapati permintaan paling konsisten datang dari bisnes, bukan pengguna individu.
Permintaan B2B bukan saja datang daripada SME, malah berkembang ke tahap MNC besar, institusi kewangan, platform e-dagang, dan jenama pengguna.
Francesca: “We went from being consumer to now we're mainly B2B, because… that is where a lot of our consistent demand came from.”
Contoh Penggunaan B2B
SME kecil: contoh gerai karipap yang mampu hire pekerja dengan kos RM10 sejam untuk hanya 3 jam (RM30). GoGet beri akses mampu milik berbanding kos tinggi agensi tradisional.
MNC & organisasi besar:
Projek data entry dengan 80 pekerja, full-time 6 bulan.
Staff gudang e-dagang sepanjang tahun.
Projek merchandising & event staffing untuk jenama pengguna.
Kesemua ini menunjukkan GoGet sudah jadi penyedia penyelesaian staffing skala besar, bukan sekadar servis ad-hoc.
Beza dengan Agensi Staffing Tradisional
Staffing bukanlah industri baru, ia sudah lama wujud di Malaysia. Bezanya, GoGet lakukan melalui platform teknologi, bukan cara tradisional.
Kelebihan GoGet:
Lebih efisien dan beroperasi dengan margin lebih tinggi.
Pembayaran lebih cepat: pekerja boleh dibayar setiap 2 hari, berbanding kitaran gaji bulanan agensi tradisional. Francesca: “No staffing agency out there typically releases payroll in that fast of a release.”
RUU Pekerja Gig
Dulu (2014–2015): industri gig langsung tidak dikawal selia; dianggap ruang inovasi baru.
Kini (2024–2025): industri mula diinstitusikan melalui dasar & polisi kerajaan.
Francesca melihat ini sebagai langkah positif: mengesahkan gig economy sebagai “norma” dalam ekonomi masa depan.
Namun, pelaksanaan perlu lebih teliti — ada klausa dalam RUU yang boleh memberi kesan negatif, contohnya:
Meningkatkan kos kepada pekerja tanpa mereka sedar.
Mengurangkan kepercayaan klien kepada platform kerana polisi ditulis dengan cara yang salah.
Pendekatan GoGet dalam Perlindungan Pekerja
GoGet proaktif melindungi pekerja walaupun belum diwajibkan undang-undang.
Langkah-langkah konkrit:
Integrasi penuh dengan EPF sejak 2022; caruman dibuat secara automatik untuk pekerja.
Insurans disediakan sejak hari pertama, dengan pelan tambahan serendah RM1 sehari atau RM20 sebulan untuk perlindungan kemalangan peribadi.
Francesca: “We did that because we believe if a worker is happy and also taken care of, they will be better on the platform.”
Apa Yang Makin Mudah
Kesedaran pasaran meningkat: pengguna, pekerja dan majikan kini pernah terlibat gig economy. Dari guna servis, bekerja, hingga mengupah.
Kesan langsung: kos awareness & customer acquisition untuk merchants/bisnes turun ketara berbanding awal-awal dulu.
Apa Yang Makin Susah
Polisi kerajaan yang berubah-ubah: GoGet perlu sentiasa peka, cepat sesuaikan operasi dan pada masa sama memberi input kepada pembuat dasar tentang implikasi sebenar di lapangan.
Idea Francesca: kalau boleh, pegawai kerajaan kerja kejap selama seminggu di GoGet untuk faham realiti operasi.
Permintaan enterprise yang kompleks: bila SME & MNC semakin menerima model staffing fleksibel, skop jadi lebih kompleks, perlukan full integrations, embedding dalam workflow klien, dan pengurusan skala.
Evolusi Produk GoGet
Versi awal: UI warna oren, tiada pricing algorithm, pengguna taip harga sendiri (satu bid).
Model asal: pelanggan pos “saya bayar RM30 untuk hantar kucing ke groomer” → sesiapa yang setuju ambil job tu.
UX hari ini: ada dua tab (Business / Personal). Untuk Business, ada 4 panel jelas mengikut fungsi:
Logistics (delivery, warehouse, packers)
Operations (floor staff, receptionist, retail, kitchen)
Sales & Marketing (promoter, customer sales caller)
Admin (data entry, admin work)
Skop kerja berkembang: dari 4 → ~28 job types. Setiap job type boleh pilih hourly / part-time / full-time.
Milestone Penting
500 Startups melabur hasil networking dalam event: Walaupun GoGet tak cari pelabur, Kylie dari 500 Startups minta GoGet jelaskan bagaimana bisnes mereka beroperasi. Selepas Francesca terangkan, Kylie terus tulis cek.
Monetisasi yang “terlambat tapi tepat”:
GoGet percuma pada 1.5 tahun pertama (tiada revenue tap). Satu hari, seorang GoGetter ketuk pintu tanya “bila nak charge kami?” sebab takut kalau ofis tutup, “kami akan hilang job.”
Ini jadi turning point: GoGet tetapkan KPI RM1 juta masuk ke poket GoGetters sebagai tanda bisnes mereka ada potensi. Lepas capai, barulah GoGet mula charge GoGetters.
Cara GoGet buat duit
Komisen job: sumber utama sejak awal. GoGet ambil margin daripada bayaran kerja yang dijalankan.
Project management layer (PM fees): untuk projek enterprise (contoh MNC), GoGet sediakan pengurusan projek end-to-end dan mengenakan yuran PM.
Job portal (posting fees): portal bagi majikan mengiklan & ambil pekerja full-time daripada komuniti GoGet.
Train & Build fee: GoGet bangunkan pool pekerja terlatih ikut SOP klien (latihan fizikal/atas talian), kemudian attach pool ini ke akaun klien untuk penugasan on-demand (macam outsource L&D).
Produk Terbaru: Workforce Management SaaS
GoGet “membukukan” 10 tahun ilmu urus tenaga kerja dalam bentuk software-as-a-service (SaaS): posting shift, timesheet, payroll & release, semuanya dalam satu sistem.
Sasaran pengguna: agensi staffing tradisional yang belum bertahap tech tetapi mahu digitize operasi.
Pelaksanaan: klien boleh muat naik database pekerja & klien, urus job end-to-end di platform.
Francesca: “We did work with MDEC to build this out… to take this technology we've built and let other companies use it.”
Status Kewangan: Untung & Skala Hasil
Profitability: “We are a profitable company… Bottom line is we are profitable.”
Revenue: “… around an eight figure revenue level.”
Angka “8-figure” merujuk nilai perkhidmatan dibayar kepada pekerja (gross billings), manakala revenue sebenar GoGet ialah margin yang diambil (worker income tidak dibukukan sebagai revenue).
Julat: “We're not close to nine figures, but we're not just broken through… We're in between.”
Enjin Pertumbuhan
Akaun utama (key accounts) & klien besar jadi pemandu utama.
Strategi verticals mengikut tahun: contohnya satu tahun fokus e-commerce, tahun berikutnya F&B, seterusnya traditional staffing companies (untuk produk SaaS).
Pemahaman sumber demand & supply semakin tajam — “can strategically tackle the markets” dengan lebih baik berbanding era bootstrap dulu.
Operasi: Lean Tapi Laju
Saiz HQ ~20 orang dan itu “maximum size” setakat ini. Leverage teknologi untuk automasi/skalakan kerja.
Halatuju Seterusnya
Fokus Francesca: mematangkan gig economy Malaysia & menaik taraf manfaat pekerja gig setaraf faedah kerja tetap. “You should get very similar benefits also on demand.”
EPF sudah diintegrasi; SOCSO kini “linked” dan bakal diintegrasi (“We will soon see a SOCSO product integrated…”).
Ada satu lagi “secret tool” untuk pekerja. Belum diumum, tapi menjadi “last part of this trilogy” bagi worker value add.



