Kampungku: Bisnes Senior Care Yang Bootstrapped, Tapi Capai RM500k Revenue
Bagi PC Gan dan Sandy Sandhu, masalah sebenar warga emas Malaysia bukan kekurangan katil hospital. Ia adalah kekurangan sebab untuk bangun pagi.
Bayangkan anda hantar caregiver ke rumah ibu anda setiap hari. Caregiver datang. Ubat dah makan. Benda-benda lain tak ada masalah. Tapi kesihatan ibu anda masih tidak bertambah baik.
Ini yang Gan Pooi Chan (atau PC Gan), pengasas bersama Kampungku, nampak berulang kali semasa dia bekerja di Homage, salah satu home care platform paling dikenali di Malaysia. Bukan semua orang tua terus dapat penyakit kritikal. Tapi ramai yang deteriorate perlahan-lahan kesihatannya. Bukan kerana kurang rawatan, tapi kerana terlalu banyak keseorangan. Tiada orang untuk bercakap. Tiada sebab untuk bangun dari tidur. Tiada benda untuk ditunggu.
Menurut National Health and Morbidity Survey terkini, hanya 14.7% warga emas Malaysia sedang aging healthily. Lebih 85% adalah sedentary, frail, atau isolated. Dan menjelang 2048, lebih satu dalam tujuh rakyat Malaysia akan berumur 65 tahun ke atas. Malaysia akan menjadi, secara rasminya, sebuah aged nation.
Dari situ lahirlah Kampungku. Menurut PC Gan dan pengasas bersamanya, Sandyeep Sandhu, Kampungku bukan nursing home dan bukan daycare centre. Tapi ia adalah sebuah clubhouse untuk warga emas.
Market gap yang PC Gan nampak
PC Gan spent lima tahun di Homage, dan pada masa itu dia lalui tepat di tengah-tengah pandemik COVID. Dalam tempoh itu, dia nampak satu pattern yang konsisten: caregivers dan nurses dihantar ke rumah, tapi pesakit tak recover seperti yang sepatutnya.
Masalah berpunca bukan kerana caregivers tak kompeten. Tapi kerana seorang caregiver dalam rumah tak boleh gantikan satu perkara: interaksi manusia yang genuine.
“Nobody needs to be at home alone and nobody should recover from home,” kata PC. Apabila orang tidak berinteraksi, social etiquette merosot, cognitive stimulation berkurangan, dan yang paling berbahaya — soalan “what’s the point of living?” mula muncul.
Sandy Sandhu pula datang dari clinical background sebagai physiotherapist. Daripada perspektif dia, semua kes yang dia tengok datang terlambat. Condition dah teruk baru cari bantuan. Apa yang selalu missing adalah strength training yang konsisten, cognitive stimulation, dan social connection. Tiga elemen ini, bersama-sama, adalah asas kepada healthy aging. Tapi tiada satu pun fasiliti yang betul-betul design untuk deliver ketiga-tiganya sekaligus kepada orang yang masih independent.
Maka pada 2023, PC dan Sandy lancarkan Kampungku di Petaling Jaya.
Kenapa "Clubhouse"; bukan "Daycare"
Warga emas associate perkataan “daycare” dengan kanak-kanak. Dan tiada siapa yang mahu rasa macam mereka dah regress kepada status seorang budak kecil yang perlu dijaga.
“Clubhouse” bawa connotation yang berbeza sama sekali. Macam golf club atau cycling group. Anda pergi bukan sebab terpaksa, tapi sebab kawan-kawan anda ada di sana dan ada benda yang anda nak buat.
Perbezaan ini bukan sekadar branding. Ia adalah product decision yang mengubah cara Kampungku operate. Di daycare centre konvensional yang dijalankan oleh nursing home, ada satu jam senaman yang optional, kemudian idle time yang panjang, kemudian mungkin arts and craft. Structured tapi passive.
Di Kampungku, senaman adalah mandatory. Sandy sendiri merupakan seorang physiotherapist, dan muscle maintenance adalah non-negotiable dari perspektif klinikalnya. Tapi cara ia disampaikan adalah sepenuhnya berbeza. Games, Zumba, strength training dengan dumbbell dan resistance bands, aktiviti kognitif yang competitive. Semua ini dipakej dalam format yang buat members rasa mereka sedang berseronok, bukan berubat.
Dan yang paling penting: autonomy dikekalkan. Walaupun ada hari-hari di mana seorang member — termasuk yang ada dementia — tidak mahu participate, Kampungku bagi mereka pilihan itu. “Empowering them to make that small decision for themselves,” kata PC Gan.
Target audience Kampungku
Kampungku pada awalnya target active, independent seniors. Tapi realiti market cepat ajar mereka bahawa condition yang memerlukan community support tidak menunggu umur tertentu.
Member termuda Kampungku hari ini adalah 60 tahun; seorang yang didiagnosis early onset dementia. Member tertua adalah 96 tahun. Range 36 tahun ini reflect sesuatu yang penting: keperluan untuk belonging dan stimulation sosial tidak ada threshold umur yang tetap.
Dari segi apa yang empat jam itu sebenarnya lakukan secara klinikal. Sandy explain dengan cara yang mudah. Kalau anda duduk rumah, empat jam itu mungkin hanya melibatkan jalan ke tandas dan ambil air. Tiada muscle movement yang meaningful. Tapi di Kampungku, aktiviti seperti melempar bola sambil berdiri, dancing Zumba, atau sekadar gelak kuat semasa games. Semua ini target muscle groups yang spesifik, improve blood circulation, dan stimulate cognitive function.
Group setting juga terbukti lebih berkesan daripada one-to-one therapy. Apabila seorang member nampak rakan-rakannya exercise, dia automatically termotivasi. Sandy kata, results dari group setting lebih baik berbanding individual session. Dan ini bukan sekadar anecdote. Ia consistent across semua members mereka.
SST bebankan keluarga sandwich
Hari ini, senior activity centres seperti Kampungku dilambakkan dalam kategori SST yang sama dengan spa, facial, dan pilates.
Ertinya, dari perspektif policymakers, menghantar ibu anda ke sebuah clubhouse untuk cognitive therapy dan strength training adalah setaraf dengan anda pergi buat facial setiap minggu. Padahal buat facial adalah satu lifestyle choice, senior care adalah satu necessity.
Impaknya: 8% SST turut dikenakan ke atas perkhidmatan senior care.
PC Gan bagi contoh yang concrete. Bayaran nursing home yang sudah pun RM2,000 sebulan; excluding perubatan, ubat, physiotherapy, dan pelbagai caj lain. Kemudian, kena tambah lagi RM160 sebulan untuk SST. Bagi keluarga yang dah tertekan secara kewangan untuk urus penjagaan parents, bayaran SST sebanyak RM160 ini bukan nombor yang kecil.
“I have no choice but to send my loved one to a nursing home. On top of that, I have to pay 8%,” kata PC.
Ini adalah gap struktural yang perlu di-address pada peringkat dasar. Bukan oleh operator secara individu.
60% nursing shortage menjelang 2030
Malaysia dijangka menghadapi 60% nursing shortage menjelang 2030. Bagi bisnes seperti Kampungku yang deeply labour-intensive, ini adalah ancaman existential jangka panjang.
Tapi bagi PC, berdasarkan pengalamannya di Homage, masalah nursing shortage lebih kompleks dari sekadar isu gaji.
Di Homage, mereka cuba naikkan kadar bayaran gig worker kepada RM25 sejam. Tapi pekerja muda tetap lebih prefer kerja di 7-Eleven dengan gaji RM7 sejam. Sebabnya mudah: RM7 sejam dalam air-conditioned convenience store, tekan beberapa butang, collect duit. Berbanding RM25 sejam yang melibatkan kerja fizikal berat, hygiene care, dan emotional demands yang intense.
Care work bukan sahaja exhausting secara fizikal. Ia juga draining secara mental, sebab caregivers yang baik naturally absorb apa yang pesakit rasa dan fikir. Selepas dua tiga jam kerja, mereka tidak saja penat dari segi badan, mereka emotionally drained.
Dan di luar isu pekerja itu sendiri, ada masalah yang lebih besar: masyarakat Malaysia tidak beri recognition yang sepatutnya kepada care workers. PC pointed kepada dinamik yang familiar. Dalam hospital, semua orang akan bagi perhatian bila doktor masuk. Tapi jururawat, yang mungkin spend lebih banyak masa dengan pesakit dan tahu lebih banyak tentang condition mereka, jarang mendapat pengiktirafan yang sama.
Kampungku cuba counter ini dengan hiring untuk passion dan compassion dulu, bukan semata-mata kemahiran teknikal.
Stigma yang perlu ditukar
Ada satu lapisan stigma yang Kampungku hadapi setiap hari.
Pertama, stigma keluarga. Ramai anak-anak rasa bersalah bila menghantar parents ke mana-mana care facility. Macam mereka “buang” orang tua. Dan parents pula kadang-kadang rasa macam beban.
Kampungku counter ini dengan dua cara. Secara fizikal: tiada katil dalam premis, supaya seniors tahu dari minit pertama mereka masuk bahawa ini bukan tempat mereka akan ditinggalkan. Secara narrative: PC dan team reframe visit sebagai goal-setting. Bukan “saya hantar anda ke sini sebab saya tak ada masa.” Sebaliknya: “Saya hantar anda ke sini supaya anda lebih kuat, supaya kita boleh spend quality time bersama. Supaya anda boleh bermain dengan cucu.”
Framing ini bukan manipulasi. Ia adalah cara yang lebih honest untuk describe apa yang Kampungku sebenarnya buat: membantu seniors live with purpose, bukan sekadar survive.
Bootstrapped, profitable, RM500k revenue
Kampungku adalah fully bootstrapped. PC dan Sandy pergi ke Khazanah dan Cradle Fund untuk dapatkan funding pada peringkat awal, tapi kedua-duanya pass. Sebab yang paling likely: model ini high-touch, low-tech, dan brick-and-mortar. Tiada sexy tech layer. Tiada scalable digital component yang mudah untuk investor pitch.
Dua tahun kemudian, Kampungku profitable dan sedang grow pada kadar 15% quarter-on-quarter.
Model bisnes mereka:
Subscription-based, dengan bayaran purata sekitar RM800 sebulan per member
Sesi separuh hari, dengan dua hingga tiga sesi sehari
Ratio staff-to-member kekal pada 1:4, dengan maksimum 25 pax per sesi
Bottleneck untuk scale adalah lokasi. Kampungku pernah cuba buka cawangan kedua tapi terpaksa pull back. Sebab bangunan split-level tidak sesuai untuk wheelchair users dan tidak economical dari segi operations. Konsep mereka memerlukan single-storey bungalow yang homely, dan jenis property ini tidak mudah dicari dalam kawasan urban.
Exit plan dari awal
PC tidak segan untuk cakap secara terbuka: plan lima tahunnya adalah untuk jual Kampungku.
Bukan kerana bisnes tak bagus. Tapi kerana PC tahu ada had kepada apa yang boleh dia buat secara personally. Ketika ini, dia kenal nama setiap member, kenal setiap ahli keluarga yang pernah dia jumpa. Bila bisnes dah grow ke saiz yang dia tidak lagi boleh maintain connection itu, dia akan hand over.
Ideal buyer? PC disebut Khazanah atau Cradle Fund — organisasi yang sama yang pernah pass mereka dulu — dengan syarat dia dan Sandy manage dua tahun pertama transisi.
Sebelum exit itu berlaku, ada satu partnership besar yang sedang dalam proses. PC tidak boleh reveal details penuh lagi, tapi ia dijangka bawa tiga perkara: expansion ke luar bandar raya (supaya akses kepada eldercare yang berkualiti tidak lagi eksklusif kepada urbanites), tech layer untuk monitoring progress members, dan resources tambahan dari segi kewangan dan HR.
“It’s unfortunate that it’s always the urbanites that get to enjoy all of these things,” kata PC. Partnership ini, dalam kata-katanya, adalah untuk membetulkan hakikat itu.
Apa makna untuk anda
1. Kampungku baru satu. Malaysia perlukan lebih banyak lagi.
Kampungku adalah satu clubhouse, dalam satu bungalow, di Petaling Jaya. Dengan member tertua 96 tahun dan youngest 60, dan demand yang cukup untuk sustain 15% QoQ growth secara bootstrapped, pasaran ini jelas ada demand. Tapi supply masih sangat terhad, terutama di luar Klang Valley. Kalau anda ada access kepada single-storey property yang sesuai, atau network dalam care economy, ini adalah blue ocean yang belum sesak.
2. Corporate eldercare benefit adalah talent play yang hampir tiada pesaing.
Generasi sandwich — mereka yang ada anak tapi masih kena jaga parents — adalah antara segmen pekerja yang paling tertekan dan paling underserved. Syarikat yang mula offer eldercare support sebagai employee benefit, sama ada dalam bentuk subsidi ke clubhouse seperti Kampungku, flexible arrangement, atau caregiver allowance, akan ada kelebihan ketara dalam attract dan retain talent dari cohort ini. Belum ramai HR manager tempatan yang nampak ini sebagai competitive advantage. Kalau anda dalam HR consulting, insurance, atau employee benefits, ini adalah product gap yang concrete.
3. SST 8% adalah masalah, dan orang yang selesaikannya akan dapat market.
Senior activity centres hari ini dilambakkan dalam kategori tax yang sama dengan spa dan pilates. Keluarga yang hantar parents ke nursing home terpaksa bayar 8% SST atas perkhidmatan yang mereka tiada pilihan lain selain gunakannya. Ini adalah friction yang menekan permintaan dalam market yang sepatutnya tumbuh. Sesiapa yang berjaya advocate untuk perubahan kategori ini — sama ada melalui industry association, policy engagement, atau lobbying — akan buka permintaan yang lebih besar untuk keseluruhan ekosistem eldercare. Dan mereka yang dah ada positioning dalam ekosistem itu akan benefit paling banyak.
Sumber: BFM | Not a Nursing Home. Not a Daycare. Something Better.




