Kenapa P2P Financing Jadi Pilihan Founders (Walaupun Bankable)?
Bila bank lambat, VC cerewet, dan cashflow semakin 'sesak', ramai founder Malaysia mula pilih jalan alternatif: P2P financing. Tapi kenapa?
Dulu bila sebut P2P financing, ramai fikir ia tempat pinjam duit untuk business founders yang dah tak ada pilihan lain. Bila permohonan loan/geran tak lulus dan pelabur tak minat, baru P2P financing jadi pertimbangan. Tapi sekarang, naratif itu dah terbalik.
Semakin ramai founders perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dan SME dah guna P2P sebagai cara strategik untuk dapatkan cashflow cepat—tanpa jual ekuiti syarikat atau tunggu kelulusan loan bank berbulan-bulan.
Buktinya setakat 30 September 2024, sejumlah RM7.9 bilion dana berjaya diraih menerusi 16 platform P2P financing di Malaysia. Jumlah ini meningkat 33% berbanding RM5.96 bilion yang dicatat pada hujung 2023. 98% dana pula digunakan sebagai working capital (2% lagi untuk business expansion). Ini menandakan semakin ramai founders rasa P2P cara praktikal untuk dapat financing—dan bukan lagi cara berisiko tinggi.
Di pihak pelabur pula, jumlah mereka juga semakin bertambah kepada 15,599 pada 2023. P2P kini menawarkan pelabur cara praktikal untuk mendapat ROI yang berbaloi dan cara terbaik untuk membantu PMKS tempatan ‘hidup’.
Jika anda berminat untuk explore P2P financing untuk bisnes anda, atau berminat untuk menjadi pelabur P2P, ringkasan insight dari Tunku Danny Nasaifuddin Mudzaffar, Founder & CEO microLEAP ini adalah untuk anda.
Latar belakang microLEAP
P2P financing mula diregulasi oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) pada 2016. Batch pertama ada 5 operator. Pada 2019, SC buka semula lesen kepada kumpulan baharu; microLEAP terpilih dalam batch kedua.
Asal idea: Tunku Danny nampak jurang pembiayaan micro & kecil yang disisihkan oleh bank (sebab bank cenderung layan listed companies & large SMEs sahaja).
Inspirasi: Grameen Bank (Muhammad Yunus) dari Bangladesh yang membantu micro-entrepreneurs (ramainya wanita) dengan 97% repayment rate; turut sedar kewujudan Amanah Ikhtiar Malaysia sebagai institusi micro-financing terbesar tempatan.
Fokus awal (2019): Microfinancing dengan ticket size hingga RM50,000; ada kes sekecil RM1,000. Tunku Danny: “We had guys who sold confectionery out of their bedroom with 1,000 ringgit financing.”
Menggunapakai falsafah ‘Risk-First, Revenue-Second’. P2P lain tengok revenue pemohon dahulu. Tapi microLEAP tengok risiko dahulu. Kenapa? Supaya default rate kekal rendah.
Sejak 2019, >RM420 juta telah diagih.
Keuntungan & kelestarian operasi:
Tahun 1–2: rugi
Tahun 3: mula untung
Kini: 3 tahun berturut-turut untung; tahun semasa dijangka tutup dengan profit → self-sustainable.
Net profit margin kekal “very healthy”; 42 staf setakat kini.
Cabaran awal: Ambil masa lama untuk dikenali. Partnership dengan agensi kerajaan (antaranya MTDC) jadi punca semakin dikenali.
Latar belakang industri P2P financing
Peraturan Suruhanjaya Sekuriti:
Default rate mesti dipaparkan di setiap platform P2P berlesen.
Tak boleh luluskan permohonan hanya dari balance sheet.
Ada persepsi ‘online = scam’: Solution: kena sentuhan manusia juga. Contoh: Sales managers kena ada on-the-ground di Kelantan, Kedah, Perak, Penang, Johor (2), Sabah, Sarawak untuk bukti kehadiran fizikal & bantu onboarding.
Indonesia: Pasaran besar dengan 97 P2P lenders, tapi hanya 7 Shariah-compliant → ruang positioning untuk microLEAP sebagai pemain Islamic P2P.
Filipina: Populasi ~100 juta, hanya 4 P2P aktif → “untapped” & menarik untuk first-mover advantage.
Malaysia: ~18 P2P berlesen, ~13 beroperasi sekarang
Pencapaian microLEAP
Punching above weight walaupun pesaing ada dana besar:
Revenue rank: #4 di Malaysia.
Net profit rank: #2 daripada 14 P2P yang live.
2024: Revenue RM5–7 juta; Net profit RM1–3 juta.
2025 (unjuran): Revenue RM10–12 juta; Net profit RM4–7 juta.
Bagaimana microLEAP berjaya
Niche play: microLEAP platform hibrid yang financing yang Shariah-compliant & konvensional serentak. Tunku Danny: “We were the first to be both Shariah compliant and conventional, offering both on our platform.”
Humanised listing: microLEAP papar foto premis bisnes dan wajah peminjam (tanpa nama/syarikat) untuk tambah human touch; bukan sekadar nombor di skrin.
Kos Shariah diserap microLEAP supaya harga Shariah = konvensional; dorong penggunaan tawarruq.
Digital execution ganti proses lama: fax-sign-counterfax kepada tick-box flow.
Dalam pembiayaan Islamic P2P, setiap transaksi mesti ada akad jual beli sebenar, bukan sekadar pinjaman konvensional. microLEAP guna struktur “Commodity Murabahah”, iaitu:
1. microLEAP beli komoditi (contohnya minyak sawit, logam, dsb.) daripada platform komoditi.
2. Komoditi itu kemudian dijual semula kepada peminjam dengan margin keuntungan (ini jadi asas pembiayaan Islamik).
Dulu (cara lama):
Semua langkah tu kena disahkan secara manual — tanda tangan borang, faks ke pihak lain, tunggu balasan faks, kemudian counter-sign. Rumit, lambat, banyak kertas.
Sekarang (cara digital / tick-box flow):
microLEAP digitalize seluruh proses ini. Bila urus niaga komoditi selesai, sistem mereka automatik hantar notifikasi & sijil akad kepada peminjam.
Peminjam cuma “tick box” (tanda setuju) dan hantar semula secara online. Tiada lagi fax, tiada borang fizikal — tapi tetap sah di sisi Shariah sebab semua langkah dan bukti transaksi disimpan dalam sistem.Cara microLEAP buat duit:
microLEAP tak pinjamkan duit sendiri, dan tak ambil untung dari kadar faedah (interest spread) macam bank. Sebaliknya, mereka hanya ambil komisen (fee) atas setiap transaksi daripada dua pihak:
Borrower / MSME (peminjam): ~8%
Investor / lender (pelabur): 2%
Contoh: Katakan satu SME pinjam RM100,000 selama 1 tahun. microLEAP akan caj borrower ~8% daripada jumlah tu → RM8,000 sebagai platform fee. Pada masa sama, pelabur (yang beri dana) pula dikenakan ~2% fee atas pelaburan dia. Jadi pendapatan microLEAP datang daripada dua potongan kecil (“haircuts”), bukan daripada perbezaan kadar faedah (spread).Kolaborasi kerajaan sebagai ‘wholesale liquidity’:
TERAJU: RM28 juta untuk syarikat Bumiputera.
SME Corp: jumlah RM70 juta disalurkan melalui platform.
Pengumuman awal Sept 2025: kerjasama RM35 juta ‘grant-convertible’ untuk SME.
microLEAP urus credit risk assessment, collections, dan pematuhan mandat agensi.
Cara microLEAP manage risk peminjam
Masalah asas peminjam mikro: tiada kad kredit/pinjaman; contoh penjual pisang goreng/ bengkel tepi jalan.
Solusi: 20 soalan psychometric test (yang disediakan oleh vendor pihak ketiga) sebelum lulus pembiayaan mikro.
Output risiko: low / medium / high repayment risk.
Ada algoritma tersendiri: Gabung skor psychometric + “experience data” yang ada dalam proprietary credit risk algorithm → tentukan kelayakan & amaun + paparan tahap risiko kepada crowd lenders (boleh pilih RM10 atau RM1,000 ikut suka hati).
Kenapa PKMS pilih P2P walaupun boleh dapat loan bank (bankable)?
Case contoh (issuer terbesar): Pengeksport sarung tangan ke Korea Selatan & Jepun. microLEAP semak & sahkan invois sebelum luluskan permohonan mereka.
Speed-to-cash sebagai USP: Bank ambil 1–3 bulan; P2P beberapa jam–hari selepas listing.
Trade-off kos vs masa: Bank mungkin ~6% p.a.; microLEAP sekitar 1.5% sebulan. Tapi kelajuan menang bila syarikat perlu fulfill perchase order dengan cepat. Tunku Danny: “If they don’t have the funds to meet the orders… the buyer won’t come to them anymore.”
Berminat untuk menjadi pelabur atau mencari dana melalui P2P financing oleh microLEAP?




