Marketing Untuk Gen Alpha (Lahir 2010 ke atas)
Untuk capai Gen Alpha, ia bukan lagi soal content. Ia soal tools, participation dan experience.
Hujung dua minggu lepas, saya melawat rumah abang ipar di Ipoh.
Abang ipar saya ada seorang anak. Umurnya 9 tahun. Tengah bersekolah darjah tiga lagi. Kebetulan semasa saya datang melawat, berita seorang kanak-kanak 9-tahun mencederakan adiknya kerana permainan Roblox sedang tular. Jadi saya tanya dia, “Danish (bukan nama sebenar obviously) main Roblox?”
“Main.”
Sebagai Gen Millennial 30-an yang tipikal, saya tanya dia tentang Roblox dengan lebih lanjut. Nak dipendekkan cerita, kesimpulan yang saya dapat selepas bersembang dengan Danish adalah:
Roblox bukan permainan. Roblox adalah tempat lepak. Zaman kita dulu, kita lepak di cyber cafe untuk bersosial sambil main game. Kanak-kanak seusia Danish lepak di Roblox untuk bersosial sambil main game.
Perbualan saya dengan Danish membawa saya kepada persoalan seterusnya:
Apa lagi trend gen alpha (lahir 2010 ke atas) yang (mungkin) kita tak perasan?
Untuk menjawab persoalan ini, saya menelaah berpuluh-puluh video di YouTube dan TikTok. Ini kupasan yang saya dapat.
Trend 1: Gen Alpha lagi minat ‘create’ berbanding ‘curate’
Marketers di US dah mula bercakap tentang trend ‘deplugging’ Gen Alpha. Kata mereka, Gen Alpha dah tak aktif sangat di media sosial.
Tapi hakikatnya, Gen Alpha bukannya ‘deplugging’. Mereka masih aktif di Internet. Cuma perhatian mereka tertumpu di platform yang membolehkan mereka ‘create’; berbeza dengan perhatian Gen Millennial dan Gen Z yang tertumpu di platform yang membolehkan mereka ‘curate’.
Bagi Gen Alpha, Instagram dan TikTok memaksa mereka ‘curate’ identiti mereka. Kalau tak curate, mereka akan kena judge.
Tetapi platform seperti Roblox, Minecraft, Fortnite Creative dan Discord servers memberi mereka kebebasan untuk:
create avatar, dunia dan identiti digital
build experience ikut selera sendiri
participate dengan kawan tanpa kena judge
experiment tanpa takut gagal atau kena kecam
socialize dalam ruang yang rasa lebih selamat dan lebih fun
Apa maksudnya untuk anda:
Jangan fokus buat content. Fokus bagi Gen Alpha something untuk guna. Tanya diri: “Kalau brand aku ni macam mainan atau tool… budak Gen Alpha boleh buat apa?” So instead of post video banyak-banyak, try bagi filter, mini tool, simple game, kuiz interaktif atau sticker pack / template buat content.
Jangan push brand identity. Tonjolkan brand physics instead. Contoh: Brand vibe adventure → buat quest. Brand vibe beauty → buat dressing room, avatar items, filter. Brand vibe food → buat mini cooking/crafting task.
Trend 2: Gen Alpha lebih minat ‘lurking’ berbanding ‘posting’
Perhatikan akaun Instagram Gen Alpha. Anda akan dapati mereka jarang buat post baharu. Jika post pun, mereka akan banyak post Story sahaja.
Walaupun Gen Alpha familiar dengan dunia digital sejak kecil, mereka secara umumnya kurang minat tayang kehidupan mereka kepada dunia. Mereka akan browse, explore, subscribe, bookmark dan save content. Jarang-jarang mereka post.
Mereka suka:
menonton video untuk catch up (berbanding membaca berita untuk catch up).
explore new topics melalui bahagian trending (berbanding baca feed).
consume content tapi tak minat post komen dan share post orang.
Apa maksudnya untuk anda:
Prioritise video over text. Kurangkan text-heavy posts. So convert insight jadi reel 20–30 saat / explainer 15 saat / recap bentuk video pendek.
Trend 3: Gen Alpha ada pengaruh besar kepada perbelanjaan keluarganya
Gen Alpha mungkin belum kerja lagi. Tapi mereka ada pengaruh besar dalam keputusan pembelian dalam keluarganya.
Kenapa? Mungkin ada dua sebab. Pertama, Gen Alpha sekarang lebih informed berbanding ibu bapanya dalam beberapa kategori produk—contohnya produk teknologi. Kedua, Gen Alpha secara asasnya dibesarkan oleh ibu bapa yang lebih terbuka untuk berunding dan kurang mengongkong (berbanding ibu bapa zaman kita).
Apa maksudnya untuk anda:
Dulu CPFG brands menyasarkan golongan ibu bapa dalam marketing campaign mereka. Sebab ibu bapa yang pegang duit. Tetapi sekarang CPFG brands boleh menyasarkan kanak-kanak terus dalam marketing campaign mereka. Cuma kena buat dengan sensitif, berlandaskan etika dan peraturan. Contoh: Feastables (Mr Beast), Prime (Jake Paul & KSI).
Trend 4: Gen Alpha sudah mula minat aktiviti offline
Gen Alpha mungkin lahir dalam dunia digital-first, tapi kesukaan mereka terhadap aktiviti offline sebenarnya lebih tinggi daripada apa yang kita sangka.
Kita sangka Gen Alpha akan suka duduk terperuk dalam rumah untuk main Roblox. Hakikatnya, mereka lebih suka:
tengok wayang di malls (berbanding tengok movie di Netflix)
jumpa kawan depan-depan (berbanding chat dengan kawan-kawan)
bercuti dengan keluarga (berbanding menghabiskan cuti di rumah)
Trend ini dikatakan sehingga sudah ‘berjangkit’ ke Gen Z yang:
mempopularkan semula wired headphones/earphones (sebagai trend fesyen)
mempopularkan semula kaset (sebagai penentangan terhadap subscription model platform media seperti Spotify, YouTube Music, dll)
memperkenalkan ‘digital-detox’ events di mana anda dilarang membawa masuk telefon.
menyebabkan kenaikan permintaan terhadap festival muzik dan konsert.
bertanggungjawab menganjurkan banyak protes jalanan yang ikonik di seluruh dunia (vs protes di media sosial sahaja).
sengaja tak masuk universiti untuk belajar skil vokasional (sebagai persediaan job-proof terhadap kemajuan AI)
Apa maksudnya untuk anda:
Buat aktiviti offline yang ada ‘collective experience’.
Amplify event offline dengan hook digital yang simple. Diorang suka event offline → tapi still shareable di online. Contoh: QR untuk unlock item / reward, sticker pack, challenge card, mini-game access atau limited merch.



