Pepper Labs: Dari Food Truck Ke Social Enterprise RM10 Juta
Dari food truck kecil ke social enterprise lapan angka, Pepper Labs buktikan impak sosial boleh jalan seiring dengan untung.
Jika anda fikir perusahaan sosial (social enterprise) itu sama macam charity, Pepper Labs akan buat anda fikir dua kali. Apa yang bermula pada 2015 sebagai sebuah food truck bernama Masala Wheels (yang dibuat sekadar nak bantu seorang kawan keluar dari masalah sosial), Pepper Labs kini menjadi sebuah organisasi lapan angka yang dah mengubah hidup lebih 400,000 orang ke arah lebih baik.
Sejak awal lagi, Pepper Labs meletakkan diri mereka sebagai bisnes sebenar: ada produk, ada servis, ada sales. Cuma sebagai social enterprise, 51% keuntungan mereka dilabur balik untuk tujuan sosial. Model inilah yang bawa mereka dari food truck, ke restoran, ke program latihan komuniti, sehingga program Dapur Digital di lima PPR yang dah menjana jutaan ringgit untuk usahawan mikro.
Selepas itu, Pepper Labs memecut pula dalam bidang digital. Dengan network dari komuniti rentan sehingga ke penjawat awam, Pepper Labs kini menjadi partner strategik untuk Microsoft dan Google; melatih ratusan ribu rakyat Malaysia dalam skil AI dan digital.
Dalam kupasan ini, anda akan belajar cara membangunkan syarikat perusahaan sosial yang make sense dari segi bisnes dan memberi impak kepada masyarakat di Malaysia—dari Thanaselan Rajendran, Pengarah Urusan Pepper Labs.
Asal-usul Pepper Labs
Pepper Labs bermula tahun 2015 dengan food truck Masala Wheels, idea ringkas daripada sekumpulan kawan untuk selamatkan seorang rakan yang terjerumus dalam masalah sosial.
Konsep asal: jual makanan untuk alih perhatian & tenaga kawan mereka ke arah benda yang lebih bermakna.
Dari satu orang → berkembang jadi gerakan nasional, sekarang dah capai lebih 400,000 penerima manfaat.
Beza Social Enterprise vs Charity
Ramai masih anggap social enterprise = charity, tapi ini salah besar.
Social enterprise tetap bisnes: mesti ada untung & margin. Bezanya, keuntungan itu dilaburkan semula (minimum 51%) untuk tujuan sosial.
Thanaselan benci label “CSR”: “CSR doesn’t work with us, we hate that word… we do sustainability and they mean two different things altogether.”
Akreditasi Social Enterprise
Malaysia ada 3 tahap akreditasi untuk social enterprise (SE):
Aspiring SE
SE Basic
SE Accredited (paling tinggi)
Pepper Labs capai tahap tertinggi → ini bagi kelebihan berikut:
Akses kepada resource kerajaan & public sector.
Cukai lebih rendah (tax exemption).
Tingkatkan keyakinan partner sebab ada bukti ROI & impak.
Akreditasi juga jadikan label “social enterprise” lebih eksklusif. Bukan semua boleh pakai sesuka hati.
Pepper Labs jadi antara perintis dalam usaha membentuk blueprint social enterprise di Malaysia.
Kepentingan Akreditasi
Ada orang kata: “Kenapa kena susah-susah dapat akreditasi kalau dah buat baik?”
Jawapan Thanaselan: prosesnya straightforward kalau betul-betul buat kerja → tunjuk bukti peratus keuntungan disalurkan semula, atau penerima manfaat terlibat sebagai pekerja.
Reporting juga tak serumit orang sangka. Mostly nombor & bukti aliran duit untuk operasi & beneficiaries.
Latar belakang Thanaselan
Sertai Pepper Labs 3 tahun selepas ditubuhkan.
Sebelum itu, beliau berkhidmat 8 tahun dalam kerajaan → nampak sendiri jurang sosial & polisi yang kurang menyentuh rakyat.
2018: perubahan kerajaan → beliau antara yang “terkena tempias politik”.
Walaupun hilang kerja kerajaan, beliau anggap dirinya “beneficiary” Pepper Labs sebab diberi peluang kerja oleh rakan pengasas Masala Wheels.
Selepas COVID, Pepper Labs makin berkembang pesat dan beliau bangga jadi sebahagian daripada pasukan.
Siapa urus Pepper Labs?
Pengasas: Kuhan, Kumarish, Dinesh, Ravi. Masing-masing profesional dalam bidang sendiri; asalnya kumpul duit & beli food truck untuk bantu kawan yang susah.
Peranan hari ini: mereka direktor & shareholder, masih ada kerjaya masing-masing tapi contribute masa, kepakaran & network.
Operasi harian: Thanaselan yang run.
Organisasi kini besar (daripada food truck → restoran → pelbagai unit).
Skop kerja Pepper Labs:
F&B training + operasi cloud/community kitchens.
Digital skills & youth employability (pemadanan kerja jangka pendek dalam industri digital/AI).
COVID-19 pemangkin Dapur Digital
Pra-COVID: operate restoran yang diurus golongan muda dari komuniti rentan.
Pandemik buka jalan: terus engage komuniti PPR/urban poor yang paling terkesan.
Pasca-lockdown: Pepper Labs bina kapasiti (rehabilitative business skills), transfer ilmu operasi bisnes kepada komuniti.
Bermula dari satu dapur di PPR, hasil idea beberapa usahawan mikro di PPR sendiri: tak cukup ruang di rumah, tapi ada ruang bawah blok yang underutilised.
Kerajaan (MOF) tertarik → pilot 5 dapur di KL (kepadatan urban poor tertinggi).
Timeline & impak:
Dapur pertama: Sept 2024.
Dalam 9–11 bulan, 5 komuniti jana RM1.46 juta (sasaran asal RM1.2 juta untuk 2 tahun, capai RM1.2 juta dalam 9 bulan).
Kenapa Dapur Digital menjadi? Sebab dapat solusi dari bawah. Thanaselan: “We listened to them… The solution was given by them.”
Operasi dapur + elemen digital: ajar peserta cara guna Grab/Foodpanda, Google Business Profile, social media untuk marketing, dan POS untuk inventori & pembayaran.
Masalah: digital divide, Solusi: buat ekosistem
Pemerhatian Pepper Labs: jurang digital di Malaysia besar. Ramai masih tak tahu/takut guna teknologi dalam bisnes.
Solusi Pepper Labs: bina ekosistem bersambung. Maksudnya:
Micro-entrepreneur PPR → diberi dapur komuniti → diajar guna Grab/Foodpanda → diajar online marketing skills
Graduan menganggur → diberi training digital skills/AI
Civil servants / orang awam → diberi AI awareness session → mula faham beza tools selamat vs free → lebih yakin guna AI dalam kerja.
Hasilnya:
Micro-entrepreneur → jadi business-savvy + digital-savvy.
Graduan yang struggle (degree makin “obsolete”) → dapat job placement jangka pendek → naik market value → dapat kerja yang lebih secure.
Segmen lebih besar rakyat yang takut AI → mula faham beza tools selamat vs free → lebih yakin guna AI dalam kerja.
Hasilnya buka pintu kerjasama dengan “big names”. Thanaselan: “That opened up a partnership with the big names like Microsoft and Google.”
Value bisnes Pepper Labs
Orang tanya: “Apa pattern kat semua benda Pepper Labs buat? Dari food, youth employability, sampai buat training kelas AI. Macam rojak je.”
Jawapan Thanaselan: “It’s people and gaps.”
Maksud: semua projek Pepper Labs (F&B, Dapur Digital, digital upskilling, AI training) adalah alat untuk tutup jurang.
Bukan nak jadi syarikat F&B, bukan nak jadi training company semata-mata.
Tapi nak jadi ekosistem empowerment builder yang boleh tackle “gaps” berbeza pada komuniti berbeza.
Model bisnes: “Nothing is charitable”
Struktur revenue: Pepper Labs dibayar untuk produk/servis/sales yang mereka jalankan: training, program penempatan kerja, operasi dapur komuniti, dll. Thanaselan: “We get paid to do all this. Nothing is charitable.”
Cara kawal kos bisnes: optimize operasi, minimize resources, leverage partnership cross-sector + in-kind sponsorships untuk turunkan kos.
Cara jaga cash flow: bina partnership jangka panjang, elak “tahun ke tahun” cari dana. Thanaselan: “We have passed that stage long ago.”
Pengajaran: fasa restoran memang “berdarah”. Thanaselan: “Running a restaurant isn’t easy. Easy to enter, easy to die.” Pengajaran: fokus jangka panjang, rolling cashflow.
Baru sambut ulang tahun ke-10 (2015–2025).
Revenue: baru sahaja naik dari 7-figure → 8-figure (lebih RM10 juta). Thanaselan: “We have just moved from seven to eight figure.”
Siapa customer?
Kerajaan (pelbagai kementerian & agensi).
Sektor swasta & corporate foundations.
Bank & philanthropic organizations.
USP: Pepper Labs jadi channel/funnel ke komuniti B40 & civil servants; mereka boleh deliver F&B entrepreneurship, youth employability, AI/digital training ikut segmen.
Sektor ESG tawar peluang baharu:
Permintaan pasaran: ESG reporting semakin mandatori buat public companies & supply chains.
Pepper Labs latih “sustainability champions” dalam program youth employability (asas ESG reporting & framework setting) sebelum mereka dihantar ke job placement.
Halatuju bisnes: tambah konsultansi & support services ESG.
Kerjasama dengan Microsoft & Google
Microsoft: komitmen nasional untuk melatih skil AI kepada 800,000 orang Malaysia.
Pepper Labs diberi target latih 200k orang/6 bulan → Thanaselan: “Instead of 200,000, in just four months, we impacted 301,000 people.”
Apa yang dilatih?
Modul asas AI (fundamentals, tools, responsible use).
Demo customized ikut audiens untuk experiential learning.
Contoh modul yang diajar di PPR: guna Microsoft Copilot hasilkan puisi BM untuk marketing, flowchart copywriting → poster.
Contoh modul yang diajar kepada penjawat awam: tackle kebimbangan keselamatan data; bezakan enterprise-grade vs free tools. Thanaselan: “A lot of them didn’t realize the free versions are actually not safe.”
Google (agentic AI): bawa agent AI solutions untuk agensi kerajaan (offer solution kepada pain point mereka: kesukaran proses volumes of data, dokumen, laporan). Pepper Labs bertindak sebagai connector & solution proposer.
Kesilapan biasa Social Enterprise
Terlalu “charitable” sampai abaikan angka → drain cashflow.
Over-tilt kiri/kanan (terlalu sosial atau terlalu komersial) → gagal cari middle ground.
Prinsip Pepper Labs: kena dua-dua. Untung kena buat, impak sosial kena deliver.
Visi 5 Tahun
Fokus eksplorasi penuh spektrum digital/AI.
Cita-cita sosial: guna teknologi + model Dapur Digital untuk memecahkan kitaran kemiskinan di komuniti rentan.
Visi: nak jadi ‘konglomerat yang memberi impak sosial’. Thanaselan: “We need to position ourselves as an impact-based conglomerate… that probably is going to be our vision.”
Sumber: BFM | From Food Truck to RM10M+ Social Enterprise: Pepper Labs




