Pharmaniaga: Strategi Profit RM300 Juta Selepas Keluar PN17
Selepas exit PN17 dalam masa dua tahun, Pharmaniaga membuat satu pertaruhan besar: lokalisasi vaksin dan biopharma untuk gantikan bil RM250 juta kerajaan import vaksin.
Bayangkan syarikat anda masuk dalam senarai PN17 Bursa Malaysia, bukan sebab rugi, dan bukan sebab cash flow kering, tapi sebab satu kena buat provision. Provision ini macam safety net dalam perakaunan. Di mana kita asingkan siap-siap duit untuk kos yang kita tahu akan datang, tapi belum pasti bila & berapa.
Itulah yang berlaku kepada Pharmaniaga pada Februari 2023. Semasa COVID-19, mereka terpaksa buat provision yang besar untuk menanggung kos pembelian vaksin. Provision itu menekan shareholder equity1 mereka bawah RM40 juta, dan Pharmaniaga secara automatik masuk senarai Practice Note 17 (PN17)2.
Dato’ Zulkifli Jafar, Pengarah Urusan Pharmaniaga dibawa masuk khusus untuk mengemudi turnaround syarikat ini. Dan selepas berjaya mengeluarkan Pharmaniaga dari senarai PN17, beliau menyasarkan sasaran seterusnya: profit RM300 juta.
Potong dulu, fokus kemudian
Langkah pertama Dato’ Zulkifli untuk mengeluarkan Pharmaniaga dari senarai PN17 adalah strip down operasi syarikat kepada dua core business sahaja: manufacturing dan logistics. Yang lain semua dibuang.
Tiada diversifikasi, tiada “portfolio strategy.” Di bawah Dato’ Zulkifli, Pharmaniaga fokus penuh pada dua teras ini sahaja, dan buat kedua-duanya lebih efficient.
Hasilnya, Pharmaniaga exit PN17 dalam masa dua tahun, tanpa minta sebarang extension of time daripada Bursa Malaysia. Sebagai konteks, kebanyakan syarikat PN17 ambil dua kali lebih lama.
Lapan suku keuntungan berturut-turut sejak Q1 2024 adalah buktinya. Walaupun Pharmaniaga masuk PN17 pada 2023, pada tahun sama juga Pharmaniaga dah record profit.
Margin kecil Pharmaniaga
Kalau anda tengok laporan FY2025 Pharmaniaga, ada satu benda yang akan buat anda ‘pelik’: segmen logistics & distribution buat revenue RM2.8 bilion, tapi pre-tax profit jatuh 95% berbanding 2024, dengan margin 0.3% sahaja.
Masalah ini sebenarnya berpunca daripada operasi mereka di Indonesia.
Indonesia menyumbang lebih kurang 30% daripada revenue logistics Pharmaniaga. Tapi apabila Ringgit Malaysia menguat berbanding Rupiah Indonesia, semua pertumbuhan yang dicatat dalam IDR hilang semasa proses penukaran mata wang ketika Pharmaniaga mengira keuntungan secara keseluruhan dalam RM.
Tambah pula, ada satu kejadian luar biasa pada tahun kewangan yang sama: Pharmaniaga terpaksa membuat penghantaran kecemasan melalui udara ke Sabah dan Sarawak. Kos airlift jauh lebih mahal berbanding penghantaran darat atau laut biasa, dan ini beri satu-masa impact yang besar pada margin.
Tapi untuk operasi Pharmaniaga di Malaysia sendiri, operasi logistics sebenarnya luar biasa baik. Pharmaniaga hit lebih 90 juta SKU dalam setahun — rekod tertinggi mereka. Harga yang dibayar oleh kerajaan kepada Pharmaniaga adalah fixed per-SKU, jadi satu-satunya cara nak improve margin adalah potong kos operasi.
Caranya:
guna Oracle Transport Management untuk optimize route;
guna AI untuk demand forecasting dan;
pengurangan stock holding dari RM400 juta kepada bawah RM300 juta.
Langkah terakhir itu sahaja menjimatkan RM7.6 juta setahun dalam interest charges. Tahun ini juga, Pharmaniaga tambah empat gudang baru di Terengganu, Sabah, Sarawak, dan Penang — dari 15 kepada 19 gudang — untuk mengurangkan kos penghantaran jarak jauh.
Vaksin RM250 juta setahun yang 100% diimport
Di sinilah letak pertaruhan terbesar Pharmaniaga.
Malaysia menghabiskan lebih kurang RM250 juta setahun untuk mengimport vaksin di bawah National Immunization Programme (NIP). Tetapi 100% vaksin itu datang dari luar negara. Tiada satu pun dikilang di dalam Malaysia.
Pharmaniaga sedang bergerak untuk menukar trend itu.
Mereka adalah satu-satunya kilang biopharma3 tempatan di Malaysia, dan satu-satunya yang HALAL certified. Dari 11 produk vaksin dalam NIP, mereka sedang melokalisasikan 7. Vaksin pertama dijangka dikomersialkan pada 2027. Untuk insulin pula, proses lokalisasi sudah bermula di mana Pharmaniaga telah mengambil alih daripada Novo Nordisk selepas syarikat Denmark itu menarik diri dari Malaysia, dan kini mampu hasilkan sehingga 25 juta cartridge insulin setahun.
Logic bisnesnya mudah: lokalisasi produk = priority dari Kementerian Kesihatan = kontrak kerajaan yang recurring. Seperti yang Zulkifli nyatakan, “…if you localize, then priority should be given to the company that localize the product.”
COVID-19 dah buktikan kenapa ini penting. Malaysia bayar awal untuk vaksin, tapi terima lambat sebab semua negara berebut bekalan yang sama dari pembekal yang sama. Keselamatan bekalan ubat adalah isu dasar awam sekarang, dan Pharmaniaga sedang positioning diri mereka di tengah-tengah dasar itu.
Angka besar, jangkaan besar
Vision 130 adalah nama untuk blueprint Pharmaniaga menjelang 2030. Sasaran: jadi syarikat farmasi paling bernilai di Malaysia, dengan market cap RM3–4.5 bilion dan profit after tax RM300 juta (PAT semasa: RM50.7 juta).
Gap itu besar. Dan hampir keseluruhan jambatan itu bergantung pada satu perkara: biopharma.
Pharmaniaga sendiri bagi projection ini untuk segmen biopharma mereka:
2026: RM60 juta
2027: RM200 juta
2029: RM600 juta
Manufacturing arm keseluruhan pula dijangka hit RM1 bilion pada 2029, naik dari RM350–400 juta sekarang. Itu pertumbuhan 2.5x dalam masa empat tahun — bergantung hampir sepenuhnya pada kontrak kerajaan yang belum pun fully awarded lagi.
Risiko yang tak boleh diabaikan
Dua risiko yang patut anda tahu kalau anda follow Pharmaniaga dari dekat.
Pertama, geopolitical. Kos bahan mentah dan packaging ubat dijangka naik 12–15% dalam jangka terdekat, dan berpotensi sampai 30% dalam jangka panjang — akibat konflik global, kenaikan harga minyak, dan tekanan pada freight. Supplier utama Malaysia adalah China dan India, dan walaupun mereka tidak terjejas secara langsung dari konflik semasa, impak pada logistik global tetap akan dirasai.
Kedua, leverage. Pharmaniaga masih ada borrowings RM816 juta dengan gearing ratio4 1.9 kali. Interest cover turun dari 3.7 kali pada 2024 kepada 2.1 kali pada 2025. Target mereka: turunkan gearing kepada 0.9 kali menjelang 2030. Achievable tapi ia bergantung pada revenue biopharma untuk deliver seperti yang dijanjikan.
Share consolidation
Pharmaniaga juga sedang cadangkan share consolidation 5-to-1 — lima saham lama digabungkan kepada satu saham baru. Secara matematiknya, harga saham Pharmaniaga akan naik dari sekitar 25 sen kepada lebih kurang RM1.23.
Di Bursa Malaysia sendiri, syarikat seperti Sanichi Technology pernah buat share consolidation 10-to-1 atas sebab yang serupa, untuk boost trading price dan market profile mereka.
Sumber: BFM | Pharmaniaga Post-PN17 Betting Big on Biopharma
Apa itu shareholder equity? Bayangkan anda ada sebuah kedai. Nilai aset kedai itu — stok, peralatan, bangunan — adalah RM500,000. Tapi anda ada hutang RM350,000. Nilai “sebenar” kedai adalah RM150,000. Itulah equity.
Dalam konteks syarikat listed, shareholder equity adalah apa yang “tinggal” untuk pemegang saham kalau syarikat selesaikan semua hutangnya hari ini. Formula ringkasnya: Aset tolak Liabiliti. Bila syarikat buat provision besar, ia secara teknikalnya mengurangkan aset bersih syarikat, dan shareholder equity pun jatuh ikut sama.
Apa itu PN17, dan kenapa Pharmaniaga masuk? PN17 (Practice Note 17) adalah kategori khas Bursa Malaysia untuk syarikat yang berada dalam keadaan berisiko. Ia bukan bermaksud syarikat akan muflis, tapi ia adalah isyarat kepada pasaran bahawa syarikat perlu present dan execute pelan pemulihan yang diluluskan Bursa, dengan timeline yang ketat.
Pharmaniaga masuk PN17 atas sebab teknikal yang berkaitan dengan vaksin COVID-19. Semasa pandemik, ada ketidakpastian sama ada kerajaan akan membayar penuh untuk vaksin yang telah dipesan atau diterima. Mengikut standard perakaunan, ketidakpastian ini tidak boleh diabaikan. Pharmaniaga wajib buat provision, iaitu “menanda” sejumlah nilai dalam akaun mereka sebagai potensi kerugian, walaupun duit belum benar-benar hilang secara cash. Provisi ini menekan shareholder equity mereka ke bawah RM40 juta, dan trigger masuk PN17 secara automatik. Tapi bisnes mereka masih berjalan seperti biasa. Cuma nombor dalam akaun yang buat mereka masuk senarai PN17.
Apa itu biopharma? Ubat-ubatan terbahagi kepada dua kategori besar. Ubat biasa (seperti paracetamol atau antibiotik) dibuat secara kimia. Biopharma, atau biopharmaceutical, adalah ubat yang dibuat menggunakan bahan hidup — sel, protein, atau organisma biologi. Vaksin adalah contoh paling biasa. Insulin — hormon yang pesakit diabetes perlukan — juga adalah produk biopharma.
Kenapa biopharma lebih menarik secara bisnes? Dua sebab. Pertama, ia lebih kompleks untuk dihasilkan, jadi ada lebih sedikit pesaing. Kedua, margin biasanya jauh lebih tinggi berbanding ubat kimia biasa. Kelemahan: kos setup dan R&D sangat tinggi, dan proses dapat kelulusan penggunaan boleh ambil masa bertahun-tahun.
Apa itu gearing ratio, dan kenapa ia perlu diturunkan? Gearing ratio mengukur berapa banyak syarikat bergantung pada hutang berbanding modal sendiri. Gearing 1.9 kali bermaksud: untuk setiap RM1 modal sendiri yang ada, syarikat ada hutang RM1.90. Lebih tinggi gearing, lebih besar risiko, terutamanya bila kadar faedah naik atau pendapatan jatuh, sebab bayaran faedah tetap kena dibayar walaupun bisnes tengah slow.
Dalam kes Pharmaniaga, interest cover 2.1 kali bermakna keuntungan operasi mereka hanya 2.1 kali lebih besar daripada bayaran faedah. Bagi pelabur institusi dan bank, angka ini agak ketat. Biasanya mereka lebih selesa tengok 3 kali ke atas. Target Pharmaniaga untuk turunkan gearing kepada 0.9 kali menjelang 2030 adalah isyarat bahawa mereka mahu kurangkan kebergantungan kepada hutang dan bina “buffer” yang lebih sihat untuk bisnes.



