Bagaimana Rotiboy Bangkit Dari Sales RM60 Sehari
Daripada hanya mampu jual roti RM60 sehari di SS15 Subang, Hiro Tan bangkit menjadikan Rotiboy jenama roti ikonik dengan lebih 800 juta bun terjual di seluruh dunia.
Hiro Tan memulakan Rotiboy dengan modal kecil, pengalaman buat pau semasa zaman sekolah, dan duit insurans bapanya. Bermula dengan kedai bakery tradisional di Bukit Mertajam, Rotiboy melalui detik hampir gulung tikar sebelum kecekalan mereka membuahkan hasil di Wisma Central.
Rotiboy kini sudah berkembang ke lebih 240 cawangan seluruh dunia.
Latar Belakang Hiro Tan
“Since young, my childhood has been a challenging journey per se and since young, I've always wanted to build something…”
Sejak umur 13, hidupnya berulang-ulang: sekolah pagi → balik sekolah buat pau dengan ibu bapa → ulang keesokan harinya.
“My school life is like go to school early morning, come back after school, make pao until late afternoon and evening and repeat.”
Selepas habis belajar di Universiti Malaya, Hiro bekerja di Singapura dalam bidang hartanah. Adik-beradik pula dah mula terlibat dalam industri bakeri di Pulau Pinang.
Pada tahun 1998 (ketika era krisis kewangan Asia), Hiro balik Malaysia dengan simpanan SGD + duit insurans ayah untuk mulakan Rotiboy.
Ketika banyak bisnes ‘bungkus’ akibat krisis kewangan 1998, Hiro buka Rotiboy kerana ‘sewa kedai murah’.
Modal Awal & Kedai Pertama
Modal: simpanan Hiro + pampasan insurans ayah.
“Part of the proceeds also come from my dad's insurance payout… there's a little bit of funds that are coming from that side.”
Kos anggaran: RM100k–150k.
Hiro akui:
“At that point in time, totally inexperienced, totally do not know anything about retail. But well, anyway, we jump anyway, and it's a blessing.”
Kedai pertama di Bukit Mertajam, Penang, beroperasi macam kedai bakery tradisional lain (lebih banyak kek daripada bun).
Pengajaran Awal Untuk Founder F&B
Datang dengan kepakaran siap-siap.
“By the time I'm knowledgeable about what I want to do, my funds have already ran out.”
Peruntukkan bajet secukupnya sebelum mula bisnes.
“The worst thing is when we have a great plan, but we did not fully budget for it… and 75% true, we realized that you need to scramble for investors and funding.”
Era SS15 Subang & Survival Mode
Pindah ke SS15 Subang → Kenapa? Sebab sales kedai di Bukit Mertajam tak rancak → Ingat kena pindah Lembah Klang untuk dapat sales tinggi → Rupa-rupanya? Sales di kedai kedua (SS15 Subang) cuma RM60 sehari.
“At 60 ringgit a day sales… we are bleeding from the eyes, nose, and whatever you can think of.”
Bun signature Rotiboy belum meletup. Puncanya? Hiro jujur:
“I’ve learned how to make bread… But then again, on how to run a business, how to choose location, how to market the products, I still totally don't have any idea.”
Wisma Central: Titik Peralihan
Semasa di SS15 Subang, ada customer nak cuba jual produk Rotiboy di Wisma Central (yang pada ketika menjadi tempat warga kerja di KLCC untuk dapatkan makanan murah). Hiro setuju buat JV dengan customer tersebut.
Tapi customer tiba-tiba tak jadi. Hiro buat keputusan buat secara solo sahaja.
Lot kecil 180 sqft di Wisma Central jadi turning point:
“Since you're not opening… if you're willing to let us have this location, then we'll do it ourselves.”
Jualan naik step by step: 10 → 50 → 100 → ribuan bun/hari.
Bila sales naik, Hiro perlukan modal lebih besar untuk beli barang supaya dapat keep up dengan demand. Dapat sokongan “benevolent people”: kawan Singapore bagi loan beli oven, ada individu bagi modal kecil.
Jalan terakhir: jual kereta adik (sebab kereta adik lebih mahal daripada kereta Hiro sendiri) untuk modal last push:
“I even sold my brother’s car… we used the money to make the so-called last 10.”
Falsafah “Terowong” & Cahaya di Hujung
Hiro describe survival journey macam berjalan dalam terowong:
“A tunnel means you actually can't turn back. You can only go forward in faith.”
Akhirnya “cahaya” muncul bila:
“Sales pick up, happy customers, a lot of joyful faces… we are now able to survive and continue to grow forward.”
Dari One-Man Show ke Landmark Malls
Hiro sendiri buat semua kerja di Wisma Central:
“I'm the one who bakes, I'm the one that takes orders, I'm the one that collects money, short of delivery.”
Outlet kedua (jarang orang tahu): Wisma Hong Leong (HLA), bukan KLCC.
Lepas tu baru masuk KLCC & Mid Valley melalui pihak ketiga. Itupun bukan sebab Hiro nak expand. Sebab:
“My biggest flaw is not being able to say no.”
Evolusi Francais & Model Bisnes
2002: engage consultant untuk franchising (tapi belum daftar rasmi). Jadi pertambahan cawangan dibuat secara JV dengan pemilik cawangan.
2007–08: projek francais dihidupkan semula.
2010: Roti Boy rasmi jadi franchisor di Malaysia.
Hari ini revenue datang dari:
System sales > RM100 juta.
Manufacturing sales mid-8 figures.
Tulang belakang: manufacturing + franchising (export makin kurang lepas Covid).
Fokus kekal di Malaysia sejak 2010; pasca-Covid growth makin laju.
Apa Seterusnya: Legacy & Succession
Hiro mahu kekalkan Roti Boy sebagai entiti human-centric, bukan sekadar commerce-centric:
“Roti Boy has always been more of a human centric rather than a commerce centric entity.”
Nama “Rotiboy” sendiri datang dari hubungan manusia (apabila abang Hiro memanggil anak saudaranya “naughty boy”).
Fokus masa depan: succession planning. Hiro terbuka dengan idea untuk jual Rotiboy:
“It’s like marrying off your daughter. You need to find the right suitor with the right values… They share the same dream of what the Roti Boy dream is all about.”
Idea Hiro selepas ini: IPO, divestment, right sale — asalkan nilai & visi Rotiboy dikekalkan.
Takeaways
Timing matters: krisis ekonomi boleh jadi peluang bisnes kerana kos rendah.
Skill matters: jangan masuk F&B kalau tak ada kepakaran menghasilkan produk yang nak dijual (atau partner yang ada).
Network matters: sumbangan modal dari kawan/keluarga/customer boleh jadi penentu survival.
Faith matters: treat bisnes macam terowong: jalan terus ke depan.
Legacy matters: kejayaan bukan sekadar jualan, tapi kekalkan nilai & hubungan manusia (dengan staf, partners, pembekal dan customers).