Side Hustle RM1 Bilion
Bagaimana peguam terkaya di AS membina 'bisnes sampingan' bernilai RM1 bilion.
Bagaimana nak buat bisnes side hustle yang bernilai sehingga USD250 juta (RM1 bilion)?
Bagi John Morgan, peguam terkaya di Amerika Syarikat (nilai kekayaan USD1.5 bilion), jawapannya adalah dengan buat bisnes ‘boring’. Dalam erti kata lain, bisnes yang nampak biasa, tak viral, tak “tech”, tapi duit masuk konsisten setiap tahun.
Ramai founder kejar idea besar, branding cantik, dan expansion cepat. Tapi realitinya, yang betul-betul tahan lama selalunya dibina atas tiga benda yang membosankan: cashflow, traffic, dan leverage.
Dalam kupasan kali ini, John Morgan (gambar bawah) menerangkan bagaimana beliau memilih bisnes, membina leverage, dan mengubah attention menjadi mesin duit jangka panjang.
Senarai side hustle John Morgan
Side hustle #1: WonderWorks
Attraction sebagai mesin cashflow.
WonderWorks = edutainment attraction (sains + interaktif).
Model:
lokasi pelancongan
high foot traffic
ticket-based revenue
Insight penting:
bukan startup tech
tapi asset fizikal + branding + lokasi.
Side hustle #2: Alcatraz East
Muzium jenayah sebagai IP fizikal
Fokus pada:
crime history
curiosity
pelancong
Revenue tinggi tanpa bergantung pada trend tech.
John suka bisnes yang:
predictable traffic
predictable spend per visitor
Lesson:
IP + lokasi > hype.
Side hustle #3: Downtown Flavortown
F&B sebagai traffic monetization
Bukan buka restoran sebab passion.
Tapi sebab:
lokasi pelancong
traffic already there
F&B = monetize attention yang sedia ada.
Side hustle #4: Santa’s Chocolate Factory
Seasonal business, predictable demand
Event-based attraction.
Revenue concentrated tapi boleh diramal.
Lesson:
Musim ≠ risiko kalau demand jelas.
Seasonal boleh jadi sangat menguntungkan.
Side hustle #5: Shopping mall
Mall masih relevan walaupun online shopping semakin dominan.
John masih bullish pada lokasi fizikal.
Mall yang masih relevan adalah mall yang ada:
experience
destination value
entertainment
Bisnes teras: firma guaman Morgan & Morgan
Firma guaman sebagai cash engine
Morgan & Morgan dibina sebagai:
marketing machine
bukan sekadar law firm tradisional
Advertising agresif:
billboard
TV
brand recall tinggi
Cashflow firm ini membolehkan John ambil risiko di bisnes lain.
Pengajaran daripada pengalaman John Morgan
1. Jangan bina bisnes untuk nampak “smart”. Bina bisnes untuk buat duit.
John tak kejar:
hype
valuation
jargon startup
Dia kejar:
cashflow
predictability
control
Bisnes yang bayar gaji, sewa, dan growth sendiri = bisnes yang menang. Kalau bisnes anda perlukan cerita cantik untuk nampak berjaya, itu bukan leverage — itu kosmetik.
2. Buat satu bisnes teras yang kuat untuk fund banyak eksperimen
Firma guaman Morgan & Morgan adalah cash engine. Daripada enjin ni:
John boleh ambil risiko
John boleh test bisnes lain
John tak bergantung pada hutang atau VC
Sebelum fikir: “Saya nak buat bisnes kedua”, tanya dulu: “Bisnes utama saya dah cukup kuat ke untuk tanggung kesilapan?”
3. Branding bukan aesthetic. Branding = ingatan.
John obses dengan:
repetition
visibility
memorability
Billboard dia bukan cantik. Tapi orang ingat.
Ramai founder salah faham branding sebagai logo, warna atau jingle. Padahal branding sebenar ialah bila customer terus sebut nama bisnes anda tanpa fikir lama.
4. Jangan bina demand dari kosong.
Sebaliknya, piggyback traffic yang dah wujud. WonderWorks, Downtown Flavortown, muzium milik John semuanya dibina di tempat yang:
pelancong dah datang
orang dah lalu
attention dah ada
Bila buka kedai, soalan utama anda bukan, “Macam mana nak tarik orang datang?”, tapi “Macam mana nak monetize orang yang memang dah datang?”
5. Bisnes fizikal belum mati. Yang mati ialah bisnes fizikal yang malas.
John masih bullish kepada lokasi fizikal — asalkan ia offer experience dan attraction kepada pengunjung.
Bisnes fizikal yang mati adalah:
kedai tanpa sebab untuk datang
mall tanpa experience
Kalau kedai anda hanya jual produk yang sama macam online, anda bukan lawan e-commerce. Anda tolong e-commerce matikan anda.
6. Fikir dalam bentuk flywheel, bukan projek
Semua bisnes John saling menyokong:
brand → traffic
traffic → experience
experience → cash
cash → bisnes baru
Ramai founder selalu buat bisnes secara silo:
satu kedai
satu produk
satu campaign
Sedangkan leverage datang bila satu bisnes buat bisnes lain jadi lebih murah & lebih laju.
7. Jangan jatuh cinta dengan “idea besar”. Test dulu.
“Bullets before bombs.” John tak all-in dari hari pertama. Dia:
test
observe
scale bila jelas
Kalau idea anda perlukan…
banyak duit
banyak explain
banyak justification
… untuk diuji, itu bukan idea kuat. Itu ego.
8. Bisnes bermusim bukan masalah kalau demand boleh diramal
Santa’s Chocolate Factory wujud hanya musim tertentu. Tapi:
demand jelas
kos boleh dirancang
profit boleh dioptimumkan
9. Speed lebih penting daripada kesempurnaan
“Fish first, fish fast.” John lebih suka:
tangkap peluang cepat
betulkan sambil jalan
Berbanding:
tunggu data sempurna
tunggu sistem cantik
Dalam bisnes:
siapa bergerak dulu → belajar dulu
siapa belajar dulu → dominate dulu
10. Kaya sebenar datang dari ownership jangka panjang, bukan exit
John tak kejar:
IPO
exit besar
headline
Dia kejar:
control
durability
generational wealth
11. Jangan malu buat bisnes “boring”
Muzium, attraction, law firm, F&B pelancong, semua bukan “sexy”. Tapi:
predictable
scalable
defendable
Bisnes boring + execution luar biasa selalu kalahkan bisnes “cool” + execution biasa.
12. Attention ialah mata wang paling mahal
John faham satu benda: siapa kuasai attention boleh cetak duit.
Kalau anda hanya fikir…
“macam mana nak jual produk”
Tanpa fikir:
“macam mana nak kuasai attention”
… anda sentiasa akan bayar mahal untuk sales.






