RM24 Juta Setahun Buat Content Video
Bagaimana Nicholas Lim Pinn Yan membawa Foodie Media dari sekadar 'digital publisher' kepada konglomerat media bernilai RM266 juta di Bursa Malaysia.
Foodie Media diasaskan oleh trio Nicholas Lim Pinn Yang (CEO), isterinya Ang Rui Mei (COO) dan adiknya Pinn Jian (CCO). Diasaskan pada tahun 2018, Foodie Media merupakan digital publisher yang kini mempunyai 34 jenama di seluruh Asia Tenggara dalam niche food & beverage (F&B), sukan, hartanah, pelancongan, home & living, teknologi dan automotif.
Antara jenama Foodie Media yang paling dikenali:
KL Foodie
Penang Foodie
Bangkok Foodie
Singapore Foodie
Halal Foodie
Johor Foodie
Malaysia Homie
Secara kolektifnya, Foodie Media mempunyai 46 juta followers di FB, IG, TikTok, Threads, YouTube, Douyin, Lemon8, X, WhatsApp, Telegram.
1. Apa jadi selepas IPO?
Foodie Media membuat debut di Bursa Malaysia di ACE Market dan terus dibuka pada 35.5 sen, naik +18.3% dari harga IPO 30 sen.
Pada 9:15 pagi, harga saham Foodie naik ke 42 sen, memberikan mereka market cap RM372 juta — jauh lebih tinggi daripada IPO valuation RM266 juta.
IPO Foodie juga laris:
Oversubscribed 24.63x.
44.4 juta unit saham ditawarkan kepada public → permohonan masuk sampai 1.14 bilion unit.
RM41.4 juta yang terkumpul hasil IPO proceeds akan digunakan untuk:
Hire ~200 staff baru. Mereka perlukan lebih ramai:
editors,
content producers,
orang yang turun padang seluruh Malaysia & SEA untuk cover food, things to do, beauty, dan vertical baru (waiting time untuk coverage di KL Foodie sekarang 2–3 minggu sebab demand tinggi & capacity limited).
RM9.2 juta untuk:
beli bangunan baharu untuk livestreaming studios,
upgrade production equipment,
subscribe software social media & management tools.
Baki: working capital + listing expenses.
Selepas IPO, trio pengasas Foodie masing-masing mendapat:
Nicholas: ~RM3.5 juta
Ang: ~RM2.4 juta
Pinn Jian: ~RM2.3 juta
Walaupun masing-masing cashout lepas IPO, setiap founder masih pemegang majoriti. Pegangan saham mereka turun:
Pinn Yang dari 27.35% → 21.81%
Ang dari 18.9% → 15.07%
Pinn Jian dari 17.91% → 14.28%
Bryan Loo (CEO Tealive), bersama ayah (Chee Leng) & kakaknya (Chuu Lin), merupakan pemegang saham besar Foodie sebelum IPO.
Mereka beli saham Foodie semasa pandemik. Mulanya mereka datang sebagai klien Foodie dulu, kemudian masuk sebagai investor.
Sumbangan mereka:
Streamline SOP editing & content flow
Kuatkan finance
Boost operational discipline
Post-IPO, pegangan keluarga Loo turun agak banyak:
Bryan: 11.84% → 8.42%
Chee Leng: 9.27% → 6.25%
Chuu Lin: 12.07% → 4.9%
LV Holdings exit sepenuhnya (1.32%)
2. Kenapa IPO Foodie laris?
Forward P/E ratio 24.7x memang jauh lagi tinggi daripada media/telco peers lain yang duduk sekitar 7–15x.
Kenapa P/E ratio tinggi? Dalam kepala Nicholas, valuation premium tu datang daripada kombinasi:
scale audience + strength of brand,
multiple revenue pillars beyond media,
dan positioning sebagai enabler untuk creator economy, bukan sekadar publisher.
Selain itu, Foodie ada beberapa moat:
jenama '“Foodie” bermula sebagai panduan “what to eat, what to do” untuk locals & tourists.
dah spin-off ke vertical lain (sukan, hartanah, pelancongan, home & living, teknologi dan automotif).
konsisten buat content setiap hari sejak 2018.
3. Financial Foodie
FY2024
Revenue: RM23.95 juta
Net profit: RM7.45 juta
FY2025
Revenue (10 bulan): RM37.09 juta (+54.8%)
Adjusted net profit: RM11.85 juta (+57.9%)
Revenue breakdown: Siapa bayar Foodie?
40% – Large corporations
40% – Ad agencies
20% – SMEs
Food-related content alone = >70% of revenue. Dalam masa 10 tahun, Pinn Yang mahu 50% revenue datang dari content (still the core), 20% dari creator dan 10% – dari commerce.
95% revenue datang daripada Malaysia. Overseas pages (Bangkok, Singapore, Jakarta, Manila) contribute ~5% saja.
4. Business model Foodie
Dibina atas 4C berikut:
Content
Guna formula 7+3. Dalam setiap 10 video, 70% adalah organic content dan 30% adalah paid content.
Organic content akan jadi lead-gen untuk advertisers bayar untuk buat paid content.
Setiap page baru boleh monetise dalam 3–6 bulan.
Creator
Foodie bantu brand leverage creator economy dengan menghubungkan advertisers dengan creators yang sesuai.
Foodie dapat margin 14-15%.
Commerce
Jadi operator/partner untuk brand jual di TikTok.
Foodie dapat komisyen 10-15%.
Community
Guna community & IP Foodie Media untuk run brand activations/events.
Untuk naikkan margin, mereka hantar team sendiri (in-house) “running the show” instead of outsourcing ke syarikat lain.
5. Kenapa brands bayar Foodie?
Menurut Pinn Yang, bila brands bayar Foodie, “They will typically say that our business increase of 30 or 40 percent.” (kenyataan anecdotal, bukan audited).
Tapi menurut Pinn Yang, KPI rasmi Foodie untuk client adalah jumlah views.
So Foodie posisikan diri mereka:
Top of funnel (awareness) → bantu traffic → bantu sales (tapi KPI utama tetap views).
Walaupun lebih banyak creator/KOL akan muncul, dan kos F&B semakin naik, Pinn Yang bullish dengan potensi Foodie kerana Foodie position diri bukan sekadar ‘page makan’. Sebaliknya sebagai:
agency;
publisher;
creator network dan;
live commerce partner.
Berapa Foodie charge klien?
6. Strategi growth 3 tahun
Realiti sekarang >90% business Foodie masih Malaysia-based. Pinn Yang mahu pergi lebih dalam lagi di Malaysia sehingga 2027. Ini bermakna:
kerja lebih direct dengan brand & agencies.
memaksimumkan diversiti 4C mereka: Content, Creator, Commerce, Community.
Kenapa?
Digital adex Malaysia = RM2.6 bilion.
Revenue Foodie 10 bulan 2025 = RM31 juta (masih kecil vs total pie).
Live commerce / digital live streaming selling punya CAGR “increasing tremendously”. Mereka nak ride wave ni.
Apa itu cross-post?
Kalau satu brand bayar untuk satu advertorial dekat KL Foodie, dia boleh pilih untuk cross-post content yang sama ke page Foodie lain seperti:
Penang Foodie
Johor Foodie
Halal Foodie
Malaysia Homie
Borneo Foodie
…dan seterusnya.
Jadi satu video → diedarkan ke banyak page.
Kenapa brand ambil cross-post? Sebab audience setiap page tak sama.
Nak reach Utara? → tambah Penang Foodie.
Nak reach Johor? → tambah Johor Foodie.
Nak reach nasional? → tambah Malaysia Homie.
ARPU = Average Revenue Per User (atau per client). Bila ada add-on, harga advertorial naik. Contoh mudah:
Advertorial KL Foodie = RM6,000
Cross-post Penang Foodie = +RM2,000
Cross-post Johor Foodie = +RM2,000
Klien bayar total RM10,000 → ARPU meningkat.


