TUHU Ancam Bengkel Orang Malaysia?
Tuhu telah mengubah landskap bisnes bengkel kereta di China. Dengan kemasukan mereka di Malaysia, adakah pemilik bengkel tempatan telah bersedia atau bakal kena telan?
TUHU dah masuk Malaysia.
Setakat yang kita tahu hari ini, TUHU disahkan telah beroperasi di Bandar Sunway, PJ dan Bandar Rimbayu, Telok Panglima Garang.
Kalau kita ikut blueprint operasi mereka di China, TUHU datang dengan pakej lengkap: tukar tayar, servis minyak enjin, bateri, quick maintenance, pemasangan tinted dan car wash. Semua melalui sistem tempahan online, harga transparen, inventori yang berpusat, pemasangan cepat dan SOP yang ketat. Itu formula yang buat mereka tumbuh dari sebuah startup hingga menjadi syarikat automotive aftermarket pertama yang masuk IPO di Hong Kong.
Dan seperti biasa bila pemain besar China masuk pasaran Malaysia, soalan yang akan timbul ialah: bolehkah bengkel tempatan bertahan?
Kalau bertahan pun, berapa lama sebelum market share mula beralih kepada model yang lebih digital, lebih cepat dan lebih murah?
Dan yang lebih penting, adakah kehadiran TUHU akan ubah cara orang Malaysia memilih bengkel?
Itu yang kita akan bedah dalam talking points di bawah.
Pain point
China jadi negara pemilikan kereta terbesar dunia dalam masa satu dekad, dari 107 juta (2011) ke 352.7 juta (2024). Jadi, saiz market servis automotif juga besar (RM2.74 trilion pada 2022).
Asalnya, pasaran servis automotif di China berpecah-pecah: kedai kecil banyak, supply chain tak seragam, SKUs beribu-ribu, harga tak konsisten, dan kualiti servis susah nak ukur.
Pemilik kereta ada trust issues dengan bengkel kecil. Tapi 4S dealership1 pula charge mahal bila warranty dah habis.
Sebelum TUHU, online–offline integration dalam servis kereta memang lemah.
Kenapa generasi muda China suka Tuhu
Generasi muda / gig driver / ride-hailing driver di China memang jenis online first, price-sensitive, anti ‘kena ketuk harga’.
User flow yang mesra pengguna:
Pilih produk & check harga dalam app (transparen).
TUHU assign bengkel terdekat untuk buat pemasangan dengan service fee yang jelas.
Tak ada ‘upsell’ di kedai.
Extra layer: TUHU bagi car wash voucher + stickers + pengalaman smooth buat user jadi setia sampai ada yang plan nak buka TUHU Workshop sendiri.


Value proposition TUHU
Core values untuk pengguna lepas warranty:
Pilihan produk luas (tayar, minyak enjin, bateri, quick repair, detailing, dll.)
Cepat (booking online, slot terjadual, logistic sendiri).
Kualiti standard, SOP sama di seluruh negara.
Murah berbanding 4S dealership (tapi masih produk berjenama dan private label yang curated)
Core values untuk pemilik bengkel / retailer:
Traffic stabil melalui marketing online + offline yang centralised.
Centralised procurement & pricing: pemilik bengkel tak perlu pening-pening nak pegang stock banyak sendiri. Inventory & pricing diurus oleh HQ.
SOP standard: servis nampak lebih berkualiti daripada bengkel biasa.
Statistik TUHU di China (2024)
Revenue RM8.64 bilion, naik 8.5% berbanding 2023.
Gross profit RM2.16 bilion, dengan margin 25.4% (naik daripada 24.7% pada 2023).
Net profit: RM281.5 juta. Ini tahun penuh pertama TUHU untung selepas IPO, tapi tanpa ‘one-off fair value gain’2 macam 2023.
Lebih 90% bengkel francais TUHU yang operate lebih 6 bulan adalah profitable.
Same-store users growth >5% year-on-year.
Disebabkan ROI bengkel bagus, willingness untuk bayar franchise fee dan join sebagai TUHU Workshop kekal tinggi. Ini terus feed flywheel expansion mereka.
Registered users: 138.8 juta.
Annual transacting users: 24.1 juta.
Franchised Tuhu workshops: 6,716.
Total workshops dalam network: 6,874.
Purata 12 juta monthly active users di app.
Network logistik yang luas. Ada 30 regional distribution centres (RDC), 606 front distribution centres (FDC) dan 243 self-operated delivery routes yang diintegrasikan dengan third-party carriers.
Model bisnes TUHU: hapuskan middlemen
TUHU dapat harga murah sebab berjaya memperkemaskan supply chain mereka. Caranya:
Integrate procurement (consolidate demand melalui ribuan bengkel francais) untuk elak margin diambil oleh national & regional distributers.
Negotiate direct dengan supplier tayar, bateri, spare parts dsb.
Distribute balik profit kepada pengguna (melalui harga murah) dan kedai (melalui margin stabil).
Kesan:
Margin gross meningkat ke 25.4% pada 2024.
Profit model jadi lebih konsisten walau AOV3 turun (sebab mereka push value-for-money).
Strategi produk TUHU
Dulu tayar, sekarang full stack.
Masih kekal core positioning sebagai platform tayar paling besar di China.
Exclusive partnership dengan Continental untuk lancar ExtremeContact XC7 global flagship di China; jualan bulanan >1,000 unit dalam 3 bulan pertama.
Collaboration dengan Michelin. Jualan tayar Michelin di platform naik lebih 60% YoY pada 2024.
Private label tayar (dibangun dari kilang Falken yang disokong Dunlop) catat pertumbuhan >200% YoY pada 2024.
Engine oil & maintenance: buat private label engine oil pada 2024 (dengan partnership Bosch & Valvoline), dan collaboration dengan Castrol untuk Formula RS.
Brake pad: guna intelligent stocking model dan berjaya naikkan in-stock rate 15 percentage points (Nov 2024 YoY) dan revenue kategori tu naik >50%.
Market baharu: NEV (EV/Hybrid)
Context China sekarang:
Ownership NEV di China melepasi 30 juta pada hujung 2024, lebih kurang 1 daripada 10 kereta di jalan raya adalah NEV.
Penetration NEV dalam passenger vehicles baru mencecah ~45% pada 2024
Untuk TUHU specifically pada 2024:
2.7 juta NEV users pakai TUHU (lebih 11% daripada total transacting users), naik 105% YoY.
800 mekanik TUHU dah dapat low-voltage electrician certification. Ini step penting untuk repair battery, motor dan EV control unit.
TUHU dah mula:
servis kereta EV yang dah habis warranty;
buat kerja (testing, diagnosis, battery replacement, warranty claim, refurbishment / second-life program) yang sebelum ni hanya OEM NEV boleh buat;
dan run pilot program untuk battery testing.
Maknanya, TUHU dah jadi early mover dalam segmen NEV sebab dah offer recurring maintenance & battery lifecycle services.
Kesan TUHU di pasaran China
Memaksa pemilik bengkel yang tiada SOP, tak transparen dalam bab harga dan lemah QC untuk menjadi lebih profesional. Di setiap TUHU Workshops, mekanik kena patuh dengan ‘8 Langkah dan 10 Peraturan’ yang ditetapkan oleh HQ.
‘Memaksa’ pemilik bengkel untuk menjadi francais TUHU sebab nak akses online order, barang murah, dan kekuatan jenama TUHU. Pemilik bengkel yang ‘degil’ berdepan tekanan untuk kekal relevan.
Ada pemilik bengkel memilih untuk ‘niche down’ berbanding masuk francais TUHU. Contoh: dulu ‘general repair’ → sekarang ‘[insert brand] maintenance specialist’.
Kesan sama juga bakal dirasai oleh pemilik bengkel di Malaysia.
Sumber:
4S dealership ialah pusat servis & jualan kereta yang merangkumi empat komponen: Sales, Service, Spare Parts, Surveys. Contoh: pusat servis rasmi yang dimiliki atau dilantik oleh pengeluar kereta (Toyota, Honda, Proton dsb).
Pada tahun 2023, Tuhu melaporkan ada net profit. Tapi sejumlah besar net profit itu bukan dari operasi bisnes. Sebaliknya datang dari ‘non-recurring fair value gain’ (dari nilai aset atau pelaburan di akaun syarikat).
Average Order Value: amaun purata seorang customer belanja dalam satu transaksi.


