SJPP: Cara Nak Scale Up Bisnes Tanpa Jual Syer
Ramai founder fikir kalau nak scale up bisnes, kena jual syer syarikat. Tapi dengan SJPP, anda boleh dapat modal tanpa perlu jual syer. Sebab kerajaan yang jamin loan anda, bukan rumah anda.
Setiap founder pernah sampai ke titik ini: bisnes dah run dengan cantik, demand semakin naik, tapi bisnes macam stuck di tempat sama.
Nak buka cawangan baru? Tak cukup cash.
Nak beli mesin baru? Bank minta cagaran/guarantor bila apply loan.
Jual syer syarikat kepada pelabur? Kena hadap demand mereka untuk duduk dalam board, dan tentukan hala tuju bisnes anda.
Kat sinilah ramai founder tersangkut. Sebab pilihan mereka nampak macam dua je: jual syer syarikat atau bergolok-gadai dengan aset peribadi. Padahal, ada jalan tengah yang ramai tak tahu: SJPP.
Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) adalah program jaminan kerajaan yang buat bank lebih yakin bagi pinjaman kepada bisnes yang tak cukup cagaran. Dalam erti kata lain, kerajaan yang jadi guarantor pinjaman anda.
Dengan cara ni, founder boleh scale up tanpa lepaskan ownership. Syarikat kekal kekal di tangan anda, modal pun dapat — dan yang penting, bisnes anda boleh scale up.
Dalam kupasan kali ini, Pegawai Utama SJPP, Datuk Fazlur Rahman Zainuddin menerangkan:
bagaimana SJPP bantu PKS yang tak banyak aset.
sektor mana yang layak, cara mohon melalui bank, serta peranan SJPP dalam mempercepat kelulusan pinjaman dan mengurangkan risiko moral hazard1.
Latar belakang SJPP
SJPP entiti milik MOF Inc.
Ditubuhkan sejak 2009, susulan 2008 Global Financial Crisis untuk merangsang pertumbuhan PKS (kerana PKS sediakan hampir 70% peluang pekerjaan di Malaysia).
Mandat: memudahkan akses PKS yang tak banyak aset untuk mendapatkan pembiayaan perniagaan daripada bank.
Cara SJPP berfungsi:
Sistem bank tempatan utamakan cagaran aset. Kalau bisnes tak banyak aset (asset light), susah dapat loan.
SJPP masuk sebagai “penjamin” (ibarat co-signee) supaya bank selesa meluluskan loan.
SJPP suka beri jaminan kepada SME yang nak upgrade operasi seperti teknologi, automasi dan digitalisasi.
Siapa layak dapat jaminan SJPP?
Terbuka kepada semua PKS merentas sektor.
Pembuatan: hasil < RM50 juta atau <200 pekerja.
Perkhidmatan: hasil < RM20 juta atau <75 pekerja.
Kegunaan: modal kerja & pelaburan pengembangan (capex). Bukan terhad kepada satu jenis penggunaan sahaja.
Saiz peruntukan:
High tech & ESG: ~RM3 bilion. Termasuk syarikat AI dan juga firma bukan-teknologi yang melabur dalam teknologi untuk scale.
Halal (makanan): ~RM1 bilion. Sebab: Malaysia nak kekal jadi leader dalam industri halal.
Pelancongan: ~RM1 bilion. Sebab: Tahun Melawat Malaysia 2026.
Bajet jaminan: RM20 bilion (2025) → RM30 bilion (2026).
Kadar pemprosesan semasa: sekitar RM1.0–RM1.4 bilion setiap bulan.
Komposisi semasa (ikut data SJPP):
~45%: Borong/peruncitan, F&B, hospitaliti.
~20%: Pembuatan (termasuk agro-based).
Sektor sasaran (High tech/ESG, pelancongan, halal) menunjukkan kenaikan ambilan dari 2023–2025, tetapi masih bukan majoriti.
Cara mohon SJPP
Saluran rasmi SJPP: “It’s always through the banks.” - Datuk Fazlur.
Masuk melalui bank: Pemohon (borrower) pergi ke bank dahulu. Jika bank nampak perlukan “enhanced collateral”, bank akan rujuk permohonan itu kepada SJPP.
Penilaian SJPP ringkas & berasaskan kriteria: Semak sama ada PKS yang layak (ikut takrifan SME Corp) atau termasuk sektor sasaran.
Kelulusan & jaminan dihantar kepada bank. Datuk Fazlur: “We will provide the guarantees to the bank… once it’s cleared, we provide the guarantees to the bank.”
33 bank/institusi kewangan bekerjasama dengan SJPP.
Termasuk bank antarabangsa, namun volume lebih banyak datang dari bank tempatan kerana faktor capaian rangkaian kepada PKS seluruh negara.
SLA2 SJPP selepas dirujuk bank: 5 hari. Digital interfaces dengan bank sedang dilaksana untuk mempercepat proses; beraspirasi nak turun bawah 5 hari.
Nota: SLA bank kepada pelanggan diurus oleh bank masing-masing (berasingan daripada SLA SJPP).
Isu SME mengenai SJPP
Isu #1: Ramai pemilik bisnes tak tahu kewujudan SJPP atau rasa prosesnya menakutkan. Solusi daripada SJPP:
Roadshow seluruh negara bersama bank & institusi kewangan untuk jumpa PKS di negeri-negeri.
Sesi dengan persatuan industri/PKS. Leverage reach mereka kepada komuniti sasaran.
Billboard & digital media.
Isu #2: Tak tahu nak sediakan dokumen (seperti balance sheet, cash flow projection, P&L, atau business justification) sebab syarikat tiada CFO. Solusi daripada SJPP:
Bekerjasama rapat dengan pegawai bank untuk bimbing PKS kemas kini balance sheet.
Handhold PKS sampai kertas cadangan pinjaman siap dengan lebih kemas dan meyakinkan.
Isu #3: Jika SME gagal bayar (loan default), apa akan jadi? Solusi daripada SJPP:
Datuk Fazlur: “The bank will then call on the guarantee” untuk tampung jurang bayaran yang gagal diservis oleh peminjam.
Bank tetap buat kredit penilaian sendiri (creditworthiness) sebelum pembiayaan diluluskan. Jaminan bukan pengganti disiplin kredit.
Bagaimana SJPP kurangkan risiko moral hazard
Kebimbangan: jaminan SJPP turunkan risiko bank → pinjaman diluluskan terlalu mudah → bisnes over-borrow.
Jawapan sistemik Malaysia:
Rangka kawal selia BNM/BAFIA → amalan pemberian kredit & pengurusan risiko kekal rigorous.
Coverage SJPP hanya sehingga ~80% sahaja → bank masih menanggung ~20% risiko (ada skin in the game). Jadi disiplin kredit kekal.
Peranan SJPP:
Due diligence atas proses bank & semakan kredit sendiri.
Monitoring portfolio: jejak delinquency/NPL per bank; bila ada “lapses”, SJPP bekerjasama dengan bank untuk perketat.
Kejayaan SJPP
Ketika pandemik COVID-19 (2020–2022), sebanyak ~RM13.7 bilion pembiayaan diluluskan untuk PKS yang terjejas.
Kadar “survival” PKS selepas pandemik COVID-19: ~96%. Hanya ~3.3% PKS yang default loan mereka.
Sumber: BFM | Government-backed Guarantees for SMEs
Moral hazard ialah risiko apabila satu pihak mengambil tindakan berisiko tinggi kerana pihak lain yang akan menanggung akibatnya. Situasi ini biasanya berlaku selepas sesuatu perjanjian dibuat — seperti insurans atau loan — yang menyebabkan satu pihak bertindak dengan kurang berhati-hati kerana mereka tahu kesan negatifnya akan ditanggung oleh pihak lain.
Service Level Agreement: sejenis kontrak formal antara penyedia perkhidmatan (SJPP) dengan pelanggan (SME).


